Berita Harian

Merah Kuning cari bekalan selesa layan Helang Merah

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Kuala Lumpur: Selangor akan cuba mencari bekalan selesa pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia berdepan Kedah di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, malam ini.

Jurulatih The Red Giants, P Maniam menjelaska­n ia penting bagi menghadapi aksi suku akhir kedua di Stadium Darul Aman, 24 September ini.

Sambil mengakui skuad Helang Merah pasukan terbaik, Maniam tetap menuntut barisan pemainnya untuk turun tanpa tekanan berdepan juara bertahan Piala Malaysia itu.

“Kami akan cuba cari gol sebagai bekalan untuk suku akhir kedua nanti dan pada masa sama kami perlu mengelak daripada dibolosi.

“Selangor dibarisi pemain muda berbanding Kedah yang memiliki tonggak terbaik dalam pasukan mereka. Jadi mungkin tekanan mereka lebih tinggi.

Ulangan final Piala Malaysia

“Saya percaya dengan kemampuan dan semangat juang tinggi semua pemain saya, cuma saya harap mereka akan beraksi dengan baik tanpa sebarang tekanan,” kata Maniam sambil mengharapk­an penyokong setia The Red Giants akan membanjiri stadium.

Pertembung­an The Red Giants dengan Helang Merah pasti menjadi tumpuan selepas ia dianggap sebagai ulangan final Piala Malaysia musim lalu yang menyaksika­n Selangor tewas menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1.

Lebih menarik, sepanjang dua aksi musim ini dalam saingan Liga Super juga, mereka terikat 1-1 sekali gus membuktika­n kedua-duanya memiliki kekuatan masing-masing.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia