Berita Harian

‘Jangan main sambil lewa’

Pengendali JDT bimbang ancaman MU

- Oleh Rizar Mohd Noor

Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Ulisses Morais mengingatk­an anak buahnya supaya tidak bersikap sambil lewa apabila turun menentang Melaka United (MU) pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Ingatan yang disuarakan pengendali itu kerana percaya MU yang dibarisi hampir 50 peratus pemain baharu dan turut dibimbing pengendali baharu, Eduardo Almeida mampu menghadirk­an ancaman.

Katanya, dia akan membariska­n barisan terbaik bagi memastikan Harimau Selatan membawa pulang bekalan selesa sebelum aksi timbal balik kedua di Larkin.

Kongsi maklumat

“Sebelum ini kami membuat persiapan tanpa kelibat Safiq Rahim, Amirul Hadi Zainal, Aidil Zafuan Abd Radzak, Ahmad Hazwan Bakri dan Darren Lok kerana bersama skuad Harimau Malaya dan kini mereka sudah menyertai latihan untuk membolehka­n saya membariska­n kesebelasa­n terbaik.

“Walaupun MU tewas 5-3 di Pengendali JDT tangan UITM FC pada aksi terakhir saingan kumpulan, saya tidak anggap pasukan itu lemah, mungkin mereka menyimpan tenaga untuk berdepan JDT dan semua tahu manamana pasukan yang menentang JDT akan turun habis-habisan dan kita juga harus berjaga-jaga.

“Malah ini perlawanan pertama bagi saya menentang MU dan segala maklumat berhubung kekuatan pasukan itu dikongsi oleh Raul Longhi dan Ismail Ibrahim yang sudah berpengala­man membimbing JDT menentang pasukan itu pada aksi Liga Super,” katanya.

Morais juga mampu menarik nafas lega apabila skuad Harimau Selatan bebas daripada kecederaan dan penggantun­gan.

 ??  ?? Mohamad Ghaddar (kanan) dijangka jadi sandaran JDT untuk merobek gawang MU di Stadium Hang Jebat, malam ini.
Mohamad Ghaddar (kanan) dijangka jadi sandaran JDT untuk merobek gawang MU di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia