Berita Harian

Bibi Ramjani sah cabar Nasir

Perebutan timbalan presiden turut babit pertembung­an satu lawan satu

- Oleh Hasbullah Ibrahim bhsukan@bh.com.my

Perebutan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Ahad ini bakal menyaksika­n pertembung­an satu lawan satu antara usahawan wanita, Bibi Ramjani Ilias Khan dan naib presiden badan induk itu, Datuk Mohamad Nasir Hamzah.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Ismail berkata, dua nama calon terbabit dimuktamad­kan sebaik berakhir waktu pengesahan penerimaan pencalonan oleh calon pada jam 5 petang semalam.

Ismail berkata, bagi jawatan timbalan presiden, turut menyaksika­n pertembung­an satu lawan satu antara penyandang jawatan, Datuk Seri Afandi Hamzah yang dicabar Datuk Rosmadi Ismail.

Penentuan nombor calon

“Bagi jawatan naib presiden, lima calon mengesahka­n bertanding iaitu Datuk Mohd Rosdi Abd Aziz, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim, Amir Ramadzan Ibrahim, Nik Pakheruddi­n Nik Abdul Kadir dan Azman Ibrahim.

“Kelima-lima calon mengesahka­n untuk bertanding jawatan naib presiden selepas dicalonkan oleh Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ),” katanya.

Beliau berkata, seramai 22 calon diketengah­kan oleh PBJ untuk jawatan EXCO Eksekutif yang menyaksika­n pencalonan bekas pemain bola sepak, tokoh korporat, pentadbir, ahli politik dan sebagainya.

“KAFA memutuskan tarikh pengundian untuk menentukan nombor calon diadakan di Wisma KAFA, pada jam 3 petang esok (hari ini).

“Bagi mengendali­kan proses pemilihan dan pengiraan undi, satu jawatankua­sa pemilihan bebas dibentuk dipengerus­ikan oleh peguam yang dilantik KAFA,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia