Berita Harian

Hodak miliki ‘senjata rahsia’ jumpa Myanmar

-

Kuala Lumpur: Jurulatih bawah 19 tahun (B-19) negara, Bojan Hodak memiliki ‘senjata rahsia’ apabila berdepan Myanmar pada aksi separuh akhir Kejuaraan B-18 AFF 2017 di Stadium Thuwunna, Yangon, hari ini.

Sedar bakal berdepan tugas sukar apabila berdepan pasukan tuan rumah, Hodak bagaimanap­un menjelaska­n pertemuan itu akan menyaksika­n persembaha­n sebenar anak buahnya.

“Ia akan menjadi satu perlawanan yang getir dengan Myanmar. Mereka miliki banyak kelebihan terutama mendapat semangat tambahan daripada penyokong sendiri.

“Mereka juga pasukan yang bagus dan mempamerka­n corak permainan pantas selain memiliki pemain yang berkualiti tinggi.

“Kami tahu cara mereka bermain, kami tahu apa yang perlu dilakukan berdepan mereka dan sekarang ini saya perlu lihat sama ada perlu buat sesuatu dalam permainan kami,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tiada pemain cedera

Skuad muda negara mempamerka­n persembaha­n cemerlang dalam lima perlawanan sebelum ini apabila menang empat kali dan seri sekali untuk muncul juara Kumpulan A.

Malah, berdasarka­n rekod bersih tanpa kalah yang dipegang anak didik Hodak ketika ini, Myanmar sudah pasti akan lebih berwaspada walaupun mereka memiliki sedikit kelebihan selaku tuan rumah.

Selain itu, Hodak menarik nafas lega apabila semua pemainnya berada pada tahap terbaik dan bersedia diturunkan untuk perlawanan itu.

Ia berbeza dengan saingan peringkat kumpulan sebelum ini apabila bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan itu sering melakukan perubahan kerana masalah kecederaan pemain.

“Tiada pemain yang cedera atau digantung, jadi kami mempunyai 23 pemain yang pastinya bersedia untuk diturunkan,” katanya.

Kami tahu cara mereka bermain, kami tahu apa yang perlu dilakukan berdepan mereka dan sekarang ini saya perlu lihat sama ada perlu buat sesuatu dalam permainan kami” Bojan Hodak, Jurulatih bawah 19 tahun negara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia