Berita Harian

22 pemain buat aduan

FAM arah Kuantan FA, PFAM serah afidavit

- Oleh Ajitpal Singh dan Firdaus Hashim

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) mengesahka­n 22 pemain Kuantan FA sudah mengemukak­an aduan terhadap pasukan Liga Perdana itu kerana gaji mereka tidak dibayar.

PFAM menerima kebanyakan aduan berkenaan selepas laporan akhbar Rabu lalu yang mendedahka­n bahawa Kuantan FA berhutang sehingga 11 bulan gaji.

“Sejumlah 22 pemain sudah membuat aduan kepada kami. Gaji yang masih belum dibayar kepada pemain berbeza bergantung kepada kontrak mereka antara enam hingga 24 bulan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail, semalam.

“Kami sudah menghantar surat kepada Kuantan FA hari ini (semalam) untuk menjawab mengenai aduan berkenaan. Kami sedang menyediaka­n afidavit dan kami akan menghantar­nya kepada jawatankua­sa status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” kata Izham.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengarahka­n Kuantan FA dan PFAM menyerahka­n afidavit kepada badan induk itu untuk tindakan susulan berhubung isu itu.

Bukan seluruh pasukan

Bercakap selepas sidang media pengumuman nama 10 pemain yang akan beraksi di Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabang­sa ke-2 di Busan, Korea Selatan, Hamidin bagaimanap­un menjelaska­n terdapat sedikit kekeliruan mengenai laporan yang mendakwa kelab berkenaan gagal membayar gaji pemain hampir 11 bulan sejak November, tahun lalu.

Katanya, berdasarka­n maklumat awal yang diperoleh daripada bahagian Undang-undang FAM, tunggakan gaji hanya sangkut untuk empat ke lima bulan sahaja dan membabitka­n empat pemain.

“Saya dimaklumka­n oleh Bahagian Undang-undang (FAM) petang semalam (kelmarin) mengenai isu Kuantan FA dan ia tidak seperti mana yang digambarka­n pihak media.

“PFAM ada menghantar aduan pada 28 Ogos lalu kepada kami. Daripada laporan itu, cuma beberapa bulan saja gaji tidak dibayar serta membabitka­n empat pemain bukan seluruh pasukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia