Berita Harian

Harimau Malaya tetap bermain di Pyongyang

-

Shah Alam: “Kita akan bermain di sana (Pyongyang).”

Demikian tegas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang menjawab persoalan mengenai kebimbanga­n beberapa tonggak skuad Harimau Malaya terhadap tahap keselamata­n mereka apabila berkunjung ke Pyongyang, 5 Oktober ini.

Malaysia yang sebelum ini tumpas 1-2 kepada Lubnan dan seri 1-1 menentang Hong Kong dalam dua aksi Kumpulan B Kelayakan Piala Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2019 bakal berkunjung ke Pyongyang.

Pada awalnya, pertemuan di Pyongyang itu dijadualka­n pada 28 Mac lalu ditunda ke 8 Jun selepas ketegangan hubungan diplomatik ekoran pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lalu.

Berikutan ketegangan itu berlanjuta­n, aksi terbabit sekali lagi Setiausaha Agung FAM ditunda ke 5 Oktober ini, hanya lima hari sebelum perlawanan menentang Hong Kong pada 10 Oktober.

AFC buat pemantauan

“Saya sudah berhubung dengan Datuk Windsor Paul John (Setiausaha Agung AFC) dan nampaknya kita akan tetap bermain di sana mengikut arahan AFC.

“Walaupun ketika ini (ancaman perang ke atas Korea Utara) dilihat biasa, namun aksi Malaysia dan pasukan tuan rumah hanya akan berlangsun­g pada 5 Oktober depan.

“Jadi sekiranya ada faktor keselamata­n pihak AFC maklumkan kepada kita dan mungkin tindakan baharu akan dilakukan.

“AFC sendiri sudah membuat pemantauan berdasarka­n aksi ketika antara Lubnan dan Korea Utara dan rasanya kita boleh bermain di sana.

“Malah, kita turut membuat persiapan lain yang akan diumumkan nanti dengan Tunku Presiden (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) juga sudah bersetuju,” kata Hamidin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia