Berita Harian

Kelab terkilan PFAM tak minta penjelasan

- Oleh Asrol Awang

Kuantan: Persatuan Bola Sepak Daerah Kuantan (Kuantan FA) terkilan dengan sikap Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) yang tidak mendapatka­n penjelasan daripada kelab itu berhubung tunggakan gaji pemain.

Timbalan Presiden Kuantan FA, Datuk Wan Solihi Wan Hassan berkata, sepatutnya PFAM perlu mendapatka­n penjelasan daripada pengurusan skuad itu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Katanya, setakat ini, PFAM tidak bersemuka dan berbincang dengan persatuan itu bagi mendapatka­n maklumat lebih terperinci berhubung masalah yang dihadapi.

“Sebenarnya tunggakan yang dikatakan 11 bulan itu bukannya tepat, sebaliknya ia hanya membabitka­n tunggakan antara tiga hingga tujuh bulan setengah.

“Kami akui berlaku tunggakan gaji seperti yang dilaporkan tetapi ia tidak sampai 11 bulan dan pemain bukannya tidak menerima sebarang pembayaran kerana mereka turut diberikan wang pendahulua­n.

Tular di media sosial

“Tidak timbul pemain tidak dapat menyambut hari raya kerana pemain diberikan separuh gaji untuk menceriaka­n sambutan perayaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Wan Solihi yang juga pengurus pasukan berkata, sehingga kini, pihaknya sedang berusaha melunaskan bayaran gaji yang tertunggak dan akan menjelaska­n bayaran dua bulan yang tertunggak terlebih dahulu.

Katanya, selebihnya Kuantan FA akan berusaha untuk menjelaska­n baki tunggakan itu sebelum berakhir musim ini.

“Kita tidak pernah mengabaika­n kebajikan pemain dan sedaya upaya untuk membayar gaji pemain kerana tahu keadaan mereka apabila tidak menerima gaji,” katanya.

Isnin lalu, masalah gaji pemain Kuantan FA tular di media sosial hingga didakwa gagal membayar gaji 11 bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia