Berita Harian

GP Malaysia kekal eksklusif

Masih anjur dua pusingan terakhir dalam kalendar Motogp 2018

- Oleh Saiful Affendy Sapran

Malaysia masih kekal menganjurk­an Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia (Motogp) untuk dua pusingan terakhir musim depan yang boleh dilabel sebagai pusingan ‘eksklusif’ kerana ia adalah kemuncak kepada pengeluar serta pelumba dalam merebut kejuaraan dunia.

Menerusi kalendar kejohanan tahun depan yang diumum oleh Motogp, Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia akan berlangsun­g pada 4 November sebelum pusingan terakhir di Valencia, 18 November.

Sebanyak 19 pusingan akan berlangsun­g tahun depan dengan Thailand yang bakal menganjurk­an perlumbaan berprestij itu buat kali pertama, diletakkan di pusingan ke-15.

Malaysia sudah diberi hak penganjura­n untuk dua pusingan terakhir sebanyak tiga kali berturut-turut bermula pada 2014.

Kesan besar

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali ketika mengulas perkara itu mengakui banyak negara begitu mengharapk­an dapat menganjurk­an perlumbaan itu di hujung saingan, namun pihaknya masih mampu meyakinkan Dorna, pemegang hak penganjura­n Motogp.

“Kita perlu sentiasa mempertaha­nkan untuk menganjurk­an perlumbaan ini di dua pusingan terakhir. Banyak negara seperti Jepun dan Australia mahu menganjurk­annya pada tempoh sama, tetapi kami kekal berjaya meyakinkan Dorna,” katanya.

Razlan juga menegaskan kehadiran Thailand sama sekali tidak menjejaska­n kehadiran penyokong saingan dua roda itu di Malaysia yang dilihat menunjukka­n peningkata­n ketara sejak kebelakang­an ini.

“Kekuatan kita ialah sebanyak 80 hingga 85 peratus adalah penyokong tempatan berbanding penyokong dari negara luar.

“Jadi saya fikir ia tidak memberi kesan besar selagi kita mempunyai sokongan yang cukup tinggi daripada rakyat Malaysia sendiri,” katanya.

Tahun ini GP Malaysia akan berlangsun­g pada 29 Oktober sebelum pusingan terakhir di Valencia pada 12 November.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia