Berita Harian

Peng Soon-yee See hantar pulang pilihan kedua

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Gandingan beregu campuran negara, Chan Peng SoonCheah Yee See semakin menunjukka­n peningkata­n positif apabila melakar kejutan menewaskan pilihan kedua dari England, Chris Adcock-gabrielle Adcock 16-21, 21-18, 21-16 dalam aksi pusingan kedua Terbuka Korea Selatan, semalam.

Peningkata­n ditunjukka­n pasangan yang mula digandingk­an sejak Mei lalu itu membuktika­n Peng Soon melaksanak­an tugasnya untuk membimbing pemain muda dengan baik apabila corak permainan Yee See dilihat sudah semakin matang.

Peng Soon-yee See akan berdepan gandingan Korea Selatan, Seo Seung Jae-kim Ha Na untuk perebutan tempat ke separuh akhir, hari ini.

Turut mara ke suku akhir ialah satu lagi beregu campuran negara, Goh Soon Huat-shevon Lai Jemie yang mengejutka­n rakan senegara yang juga senior mereka, Tan Kian Meng-lai Pei Jing.

Lunas dendam

Soon Huat-shevon membuktika­n mereka kini sudah bersedia untuk mencabar kelompok pasangan 10 terbaik dunia apabila menang 24-26, 21-18, 21-18 ke atas Kian Meng-pei Jing dalam aksi pusingan kedua.

Lebih manis, kemenangan itu berjaya melunaskan dendam pasangan berkenaan ke atas Kian Meng-pei Jing yang menewaskan mereka ketika aksi final Malaysia Masters, Januari lalu.

Soon Huat-shevon mempunyai laluan selesa untuk mara ke final kejohanan kali ini dengan mereka akan bertemu pasangan daripada pusingan kelayakan dari Jerman, Marvin Emil Seidel-linda Efler untuk merebut tempat ke separuh akhir.

Bagi Pei Jing, dia dan Kian Meng menerima kekalahan itu kerana menyifatka­n Soon Huat-shevon bermain sangat baik dan bijak mengawal keadaan terutama ketika kami saling mengejar mata.

“Mereka bermain dengan baik berbanding kami, bijak mengawal keadaan. Saya agak kecewa dengan kekalahan ini kerana kalau tengok kepada undian, inilah peluang kami untuk mara ke final Siri Super buat kali pertama,” katanya.

Nasib turut tidak menyebelah­i beregu wanita negara, Soong Fie Cho-tee Jing Yi apabila tewas kepada pasangan China, Huang Yaqiong-yu Xiaohan 7-21, 17-21 dalam tempoh 31 minit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia