Berita Harian

‘Rezeki saya bukanditan­ah air sendiri’

-

Kuala Lumpur: Mungkin rezeki menjadi juara dan memenangi emas di tempat lain, bukan di tanah air sendiri.

Itu antara pengakuan prospek emas negara dalam angkat berat, Mohd Shahmil Md Saad yang tidak dapat beraksi gara-gara bergelut dengan kecederaan.

Mohd Shahmil menjelaska­n, dia mengalami kecederaan bahu selepas berakhirny­a Sukan Paralimpik Rio, Brazil 2016 dan sudah pulih, tetapi nasib tidak menyebelah­inya apabila berdepan dengan kecederaan Cervical Discs di bahagian tengkuk pada Ramadan lalu.

Sambil mengakui kecewa, atlet ini tidak mahu menjadikan kecederaan itu satu halangan, sebaliknya berazam untuk tampil cemerlang pada Sukan Komanwel Gold Coast, Australia dan Sukan Para Asia di Jakarta, Indonesia, tahun depan.

Rehat6bula­n

“Memang kecewa sebab selepas menjalani pembedahan bahu, saya sudah bersedia, malah angkatan sudah menghampir­i catatan peribadi terbaik, 200 kilogram (kg). Tak sangka pula cedera di tempat lain.

“Tiga tahun berturut-turut (2011-Indonesia, 2014-Myanmar, 2015-Singapura) pingat emas saya ambil di negara lain, tapi bila tiba giliran di tempat sendiri, saya tidak dapat lakukannya.

“Insya-allah, rezeki saya mungkin di tempat lain. Harapan saya agar kawankawan dapat buat yang terbaik, ini rumah kita... dapatkan sebanyak mungkin pingat yang boleh,” kata atlet Program Podium itu ketika ditemui di Pusat Kecemerlan­gan Paralimpik Kampung Pandan, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Shahmil berkata, dia dijangka terpaksa berehat kira-kira enam bulan sebelum boleh menyambung latihan.

 ??  ?? Mohd Shahmil Md Saad
Mohd Shahmil Md Saad
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia