Berita Harian

Afiq tekad peraga henjutan berbisa

-

Kuala Lumpur: Pelumba trek berbasikal negara, Muhammad Afiq Afify Rizan tekad tampil dengan ‘henjutan berbisa’ sekali gus menjelmaka­n tiga pingat emas pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017), bermula Ahad ini.

Bagi memantapka­n pasukan, Muhammad Afiq berkata dia bersama-sama rakan sudah menjalani kem latihan di Cameron Highlands sebelum ini sebagai persiapan temasya kali ini.

“Ini peluang saya, kali pertama beraksi di laman sendiri kerana ia baru dipertandi­ngkan. Saya mahu mendapatka­n tiga emas dalam acara pecut, 1 kilometer (km) dan 4km.

“Insya-allah saya mampu melakukann­ya. Saya berada pada tahap terbaik dan saya jangkakan saingan sengit bakal diberikan atlet dari Singapura dan Indonesia,” kata Muhammad Afiq ketika ditemui di Pusat Kecemerlan­gan Paralimpik Kampung Pandan di sini, semalam.

Anak sulung

Muhammad Afiq, 21, anak sulung daripada lima beradik, berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan adalah atlet berbasikal tandem (cacat penglihata­n).

Dia mula menyertai sukan itu sejak dua tahun lalu.

Untuk rekod, sukan berbasikal trek para akan berlangsun­g di Velodrom Nasional pada Ahad dan Isnin ini dengan mempertand­ingkan 14 emas secara keseluruha­n.

Acara lebuh raya para pula akan diadakan di Putrajaya pada Rabu dan Khamis ini bagi merebut 12 emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia