Berita Harian

Saingan getir: Khairy

Indonesia turut laung keyakinan muncul juara keseluruha­n

- Oleh Azlan Muhammad Zain

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar percaya saingan untuk muncul juara keseluruha­n Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) yang bermula Ahad ini, sengit.

Kenyataan itu disuarakan selepas Indonesia turut melaungkan keyakinan untuk muncul juara keseluruha­n apabila meletakkan sasaran memenangi 107 emas dengan kekuatan 200 atlet yang menyertai 11 jenis sukan.

Juara bertahan, Thailand pula tidak mendedahka­n sasaran rasmi namun menghantar 291 atlet menyertai 15 dari 16 jenis sukan yang dipertandi­ngkan turut melaungkan keazaman untuk memenangi sebanyak mungkin emas.

Malaysia sebagai tuan rumah, menghantar 326 atlet meletakkan sasaran meraih 103 emas dengan mengambil bahagian 289 daripada 368 acara yang dipertandi­ngkan.

Sokongan padu

“Sasaran kita 103 emas namun tidak diletakkan sebagai juara keseluruha­n, jumlah berkenaan mungkin akan membolehka­n Malaysia berada di tempat kedua.

“Namun dengan semangat Sukan SEA yang baru berakhir selain kelebihan sebagai tuan rumah, saya percaya dan yakin kontinjen negara mampu mengatasi sasaran itu.

“Apabila sudah melepasiny­a, mungkin boleh menyaingi Indonesia dan Thailand yang meletakkan sasaran yang lebih kurang sama. Saya melihat saingan kali ini lebih sengit daripada Sukan SEA,” katanya.

Kontinjen Malaysia di Sukan SEA mempamerka­n dominasi ketara apabila meraih 145 emas, meninggalk­an Thailand di tempat kedua dengan 72 emas.

Jelas Khairy, bagi menjadi juara keseluruha­n agak sukar berdasarka­n prestasi kontinjen negara pada beberapa temasya Para ASEAN sebelum ini.

“Bagaimanap­un, saya percaya dan yakin jika mendapat sokongan padu penyokong, kita boleh memberi saingan kepada negara seperti Indonesia dan Thailand.

“Semangat atlet berkobar-kobar sejak saya bertemu mereka beberapa hari lalu sehingga kini. Saya percaya sokongan akan memberi suntikan semangat kepada mereka. Saya tidak risau semangat mereka kerana atlet sudah bersedia,” tambahnya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia