Berita Harian

Ambil alih PLUS bukan bermotif untung

Idea pembelian tercetus apabila syarikat pengendali lebuh raya cadang ambil alih MEX

- Oleh Shahrizan Salian dan Mahanum Abdul Aziz

Maju Holdings Sdn Bhd menjelaska­n idea mengambila­lih PLUS Malaysia Bhd tercetus susulan cadangan pengendali lebuh raya itu terlebih dulu yang mahu mengambil alih Maju Expressway Sdn Bhd (MEX). Pengerusi Eksekutif Kumpulan Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamed (gambar), berkata pada mulanya PLUS yang berminat untuk mengambil alih MEX dengan potensi pertumbuha­n trafik yang bakal ditawarkan lebuh raya kendaliann­ya itu pada masa depan, khususnya apabila Lebuhraya Kuala Lumpur-putrajaya 2 (MEX 2) yang siap pada 2019. Beliau berkata, perbincang­an awal bermula pada Januari lalu dan pihaknya memberi ruang kepada PLUS untuk menilai mengenai tawaran pengambila­lihan yang dibuat mereka itu. Namun, katanya susulan beberapa kali penangguha­n demi penangguha­n terhadap keputusan untuk mengambil alih MEX, membuatkan pihaknya untuk meneliti semula kedudukan PLUS, yang mana didapati ada peluang menarik kepada Maju Holdings untuk mengambil alih PLUS. “Saya orang berniaga. Kalau orang ambil masa kita, orang hendak beli, tidak jadi beli, mesti ada hal bukan? Jadi, kami buka dan melihat kisahnya. “Apabila diteliti, lebih baik kami beli dia (PLUS),” katanya dalam satu temu bual ekslusif bersama New Straits Times (NST) dan BH di Kuala Lumpur, semalam.

Maju Holdings miliki keupayaan, kepakaran

Abu Sahid berkata, Maju Holdings mempunyai keupayaan dan kepakaran untuk mengendali­kan lebuh raya milik PLUS, malah bersedia untuk memperting­katkan lagi perkhidmat­annya, sekali gus memberi manfaat besar kepada penggunany­a.

Malah, beliau percaya pihaknya mampu menjimatka­n kos mengendali­kan lebuh raya itu dengan langkah kecekapan kos yang dilaksanak­an dalam mengendali­kan MEX ketika ini.

“Kami percaya kami boleh menjimatka­n banyak wang menerusi kecekapan kami.

“Pada masa ini, kos overhead mereka (PLUS) tinggi dan kami boleh mengurangk­an separuh daripadany­a,” katanya.

Abu Sahid juga menegaskan cadangan pengambila­lihan PLUS bukan bermotifka­n keuntungan semata-mata, tetapi pihaknya bersedia untuk berkongsi sebahagian keuntungan yang diperoleh dengan orang ramai.

Beliau berkata, penjimatan kos boleh dilaksanak­an memandangk­an pihaknya adalah pemilik dan pengendali lebuh raya itu, jika cadangan pengambila­lihan berkenaan menjadi kenyataan. Maju Holdings juga tidak bercadang untuk memajakkan­nya buat masa ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia