Berita Harian

MAPEX 2017

REHDA sasar edisi kedua raih jualan RM300J

- Oleh Nurhayati Abllah

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menyasar potensi jualan antara RM250 juta hingga RM300 juta menerusi penganjura­n edisi kedua Ekspo Hartanah Malaysia 2017 (MAPEX) tahun ini.

Pengerusi Jawatankua­sa MAPEX, Datuk Ng Seing Liong, berkata pihaknya optimis mampu mencapai sasaran berkenaan didorong penyertaan pemaju hartanah, institusi kewangan dan agensi kerajaan yang berkaitan.

“Setiap tahun penganjura­n, MAPEX berjaya meraih antara RM500 juta hingga RM600 juta nilai jualan.

“Malah dalam penganjura­n siri pertama MAPEX di Shah Alam pada Ogos lalu, ia mampu mencatat kadar pembelian sehingga 95 peratus. Justeru, penganjura­n kali ini menyasar kadar pembelian lebih 60 peratus,” katanya pada sidang media MAPEX 2017 di Petaling Jaya, semalam.

Edisi kedua MAPEX 2017 akan diadakan selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Oktober ini di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur.

Pameran hartanah itu dijangka dihadiri lebih 30,000 pengunjung dan pelbagai aktiviti serta hadiah menarik disediakan termasuk rebat tunai sehingga RM30,000 untuk pembeli rumah.

Galak penyertaan institusi kewangan

Mengulas lanjut, Liong berkata, pihaknya mengharapk­an lebih banyak penyertaan dan kerjasama daripada institusi kewangan untuk menyertai MAPEX bagi membantu orang ramai dalam pembelian rumah.

“Pembiayaan adalah aspek paling penting dalam pembelian rumah dan MAPEX antara platform terbaik untuk institusi kewangan mempromosi­kan produk serta pakej pembiayaan mereka kepada pembeli.

“Pembeli memerlukan sokongan selain terma dan syarat lebih fleksibel daripada institusi pembiayaan bagi membantu mereka mendapatka­n kediaman yang diperlukan seterusnya membantu mencapai agenda perumahan negara,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau yang juga bekas Presiden REHDA berkata, kerajaan perlu mengkaji semula kadar peratus Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang dikenakan terhadap pemaju dan peserta industri dalam usaha mengurangk­an harga rumah di negara ini.

Katanya, kadar GST yang bersesuaia­n perlu dipertimba­ngkan terutama bagi barangan utama dalam sektor pembinaan untuk mengurangk­an kos pembinaan, terutama bagi rumah mampu milik yang kini mempunyai permintaan tinggi.

“Kerajaan seharusnya mengurangk­an kadar GST bagi beberapa komponen utama dalam sektor pembinaan seperti bar keluli, pasir dan simen,” katanya.

Pembiayaan aspek penting pembelian rumah dan MAPEX antara platform terbaik untuk institusi kewangan promosikan produk mereka” Ng Seing Liong, Pengerusi Jawatankua­sa MAPEX

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia