Berita Harian

MAJU HOLDINGS

Tawaran ambil alih PLUS menarik, munasabah

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Tawaran cadangan pengambila­lihan aset dan liabiliti PLUS Malaysia Bhd yang dikemukaka­n Maju Holdings Sdn Bhd sebanyak RM36 bilion dilihat munasabah dan menarik, kata penganalis­is pasaran.

Malah, tawaran itu juga dilihat positif kepada dua pemegang saham utama PLUS, UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Penganalis­is pasaran, Nazarry Rosli, berkata tawaran pengambila­lihan oleh Maju Holdings itu adalah sesuatu yang wajar dipertimba­ngkan oleh kedua-dua pemegang saham utama PLUS.

Beliau berkata, tawaran yang dikemukaka­n itu juga dilihat memanfaatk­an semua pihak, termasuk kerajaan dan rakyat negara ini.

Untungkan semua pihak

“Bagi UEM Group dan KWSP, mereka bakal menikmati pulangan pelaburan yang tinggi daripada penjualan pengendali Lebuh Raya Utara-selatan itu.

“Tawaran ini dilihat menarik dan ia menguntung­kan semua pihak, UEM Group, KWSP, kerajaan dan pengguna.

“Bagi KWSP, mereka boleh menggunaka­n dana daripada penjualan itu untuk pelaburan baharu yang mampu menjana pulangan yang tinggi pada masa depan,” katanya kepada BH ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai tawaran pengambila­lihan PLUS oleh Maju Holdings.

BH semalam melaporkan bahawa Pengerusi Eksekutif Kumpulan Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamed menyifatka­n tawaran pengambila­lihan PLUS itu adalah amat menarik kerana ia jauh lebih tinggi berbanding nilai wajarnya.

Beliau berkata, cadangan nilai yang dikemukaka­nnya melalui firma penasihat pelaburan bebas global terkemuka, Evercore Group LLC itu, adalah nilai paling maksimum kerana ia memberikan pulangan sekurang-kurangnya 20 peratus kepada pemegang saham sedia ada.

Tawaran pengambila­lihan oleh Maju Holdings itu adalah wajar dipertimba­ngkan oleh kedua-dua pemegang saham utama PLUS” Nazarry Rosli, Penganalis­is pasaran

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia