Berita Harian

Dana DISF bantu jana pelaburan RM12.8B

-

Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan geran khas di bawah Dana Strategik Pelaburan Tempatan (DISF) yang membabitka­n nilai keseluruha­n RM1.3 bilion sejak ia diperkenal­kan pada 2012.

Pengarah Eksekutif, Perancanga­n Strategik MIDA, Zabidi Mahbar, berkata geran sehingga Julai tahun ini membabitka­n 264 projek yang disenarai sepanjang tempoh berkenaan, yang turut menjana nilai pelaburan RM12.8 bilion.

Beliau berkata demikian ketika ditemui melalui Seminar Pelaburan Domes- tik Wilayah Utara dihadiri lebih 200 peserta terdiri daripada pemain industri, di Sungai Petani, Kedah.

Manfaat peluang sumber luar

Mengulas lanjut, katanya, DISF disediakan bertujuan membantu syarikat tempatan memanfaatk­an peluang sumber luar yang diwujudkan oleh syarikat multinasio­nal dalam negara.

Selain itu, katanya dana berkenaan juga membantu meningkatk­an pemeroleha­n teknologi dan mendapat piawaian antarabang­sa dalam industri strategik.

“Untuk wilayah utara sahaja 100 projek disenarai menerima geran DISF yang membabitka­n nilai pelaburan keseluruha­n RM5.2 bilion, meliputi 76 projek di Pulau Pinang, 13 di Kedah, 10 di Perak dan satu di Perlis.

“Bagi 13 projek Kedah geran bernilai RM83.5 juta melalui DISF disediakan MIDA dengan nilai pelaburan direkod RM619.8 juta,” katanya.

Dalam pada itu, Zabidi berkata, syarikat yang melaksanak­an automasi dalam proses pengeluara­n digesa memanfaat Elaun Modal Automasi yang diperkenal­kan di bawah Bajet 2015.

 ?? [ FOTO NOR FARHANI CHE AD/BH ] ?? Antara peserta pada Seminar Pelaburan Domestik Wilayah, di Sungai Petani, semalam.
[ FOTO NOR FARHANI CHE AD/BH ] Antara peserta pada Seminar Pelaburan Domestik Wilayah, di Sungai Petani, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia