Berita Harian

Hartanah terbaru Magna Prima

Lancar The View Residences babit kos RM271 juta

- Oleh Nurhayati Abllah

Magna City Shah Alam Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Magna Prima Bhd melancarka­n projek hartanah terbarunya, The View Residences di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah (KGSAAS), Shah Alam membabitka­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM271 juta.

Terletak di tengah-tengah Shah Alam, projek berkenaan membabitka­n pembanguna­n 315 unit kediaman yang menawarkan persekitar­an selesa dan juga dikeliling­i kehijauan padang golf.

Pengarah Urusan Kumpulan Magna Prima Bhd, Datuk Rahadian Mahmud Mohammad Khalil, berkata projek berkenaan adalah satu-satunya kediaman apartmen yang dibangunka­n di kawasan berprestij itu.

“Ia juga terletak bersebelah­an dengan perpustaka­an Raja Tun Uda, iaitu antara perpustaka­an mewah dan dilengkapi kelengkapa­n serba moden di Malaysia.

“Dengan kedudukan yang unik dan strategik itu, The View Residences mampu memberi nilai pulangan tinggi kepada pelabur, mahupun pembeli,” katanya pada sidang media sempena pelancaran The View Residences di Shah Alam, semalam.

Harga berpatutan

Beliau berkata, setakat ini permintaan bagi unit berkenaan sangat menggalakk­an dan menjangkak­an kadar pembelian tinggi pada akhir tahun ini.

“Harga yang kami tawarkan sangat berpatutan berbanding pembanguna­n sedia ada di kawasan berkenaan. Malah lokasi unik dan kemudahan berprestij di KGSAAS mampu memberi nilai tambah kepada The View Residences.

“Kami juga menawarkan pakej jualan menarik, selain kemudahan lain bagi memenuhi keperluan pembeli hartanah masa kini seperti gelanggang pelbagai guna, surau berkeluasa­n 5,000 kaki persegi, kolam renang, bilik bacaan dan landskap menghijau,” katanya.

Mengulas prestasi syarikat, Rahadian Mahmud berkata syarikatny­a kini lebih memfokuska­n projek dalam negara berikutan permintaan pasaran yang tinggi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia