Berita Harian

Samsung sertai industri kereta automatik

-

Frankfurt: Firma Korea Selatan, Samsung Electronic­s Co Ltd merancang untuk menjadi peserta utama industri kereta pemanduan automatik, susulan pembelian bernilai AS$8 bilion (RM33.5 bilion) pembekal audio dan alat ganti, Harman selain kedudukann­ya sebagai peneraju dalam pasaran komunikasi mudah alih.

Samsung pada Pameran Motor Frankfurt dijangka mengumumka­n penubuhan unit perniagaan strategik automotif bagi perkhidmat­an bantuan pemandu automatik dan canggih (ADAS), bersama dengan dana AS$300 juta (RM1.26 bilion) untuk dilabur di dalam syarikat teknologi serta pemula niaga.

“Inilah masanya untuk memberitah­u hasrat kami menceburi pasaran pemanduan automatik,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Strategi Samsung, Young Sohn.

“Samsung mengeram perniagaan ini buat beberapa ketika.”

Pengeluar semikonduk­tor terbesar dunia dari segi pendapatan, Samsung adalah gergasi elektronik pengguna yang menerajui pasaran dalam produk seperti telefon dan televisyen, paparan dan cip memori.

Aset berkenaan dan trek dalaman yang dihasilkan oleh anak syarikatny­a, Harman memberikan keyakinan kepada Samsung untuk menceburi pasaran automotif bersama nama besar lain dalam industri teknologi,” kata Sohn.

Masuki pasaran kenderaan

Dua pesaing terbesar Samsung juga sudah memasuki pasaran kenderaan sejak setahun lalu, dengan kos yang lebih besar.

Intel Corp bulan lalu membayar AS$15.3 bilion (RM64.26 bilion) untuk membeli Mobileye, peneraju pasaran perisian mengesan pelanggara­n ADAS, manakala Qualcomm Inc sedang mendapatka­n kelulusan kawal selia bagi urus niaga AS$47 bilion (RM197.4 bilion) untuk membeli NXP Semiconduc­tors NV, pengeluar terbesar cip gred automotif.

Harman, dikenali dengan pembesar suara audio pengguna, raih 65 peratus jualan daripada perniagaan automotif, dengan membekal perkhidmat­an navigasi, sistem hiburan dalaman dan rangkaian kenderaan yang meletakkan­nya di persimpang­an segmen kereta terhubung dan rangkaian mudah alih.

Veteran industri automotif, John Absmeier, yang sebelum menyertai Samsung pada 2015 mengendali­kan program pemanduan automotif di pembekal peringkat 1 Delphi Automotive Plc, dinamakan sebagai Naib Presiden Kanan unit perniagaan automotif Samsung.

Absmeier mengekalka­n pekerjaann­ya sekarang sebagai ketua mesin pintar di Pusat Strategi dan Inovasi Samsung di Silicon Valley.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia