Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak susut semalam, namun mengekalka­n hampir seluruh kenaikanny­a dalam sesi terdahulu apabila pasaran disokong oleh unjuran permintaan minyak global lebih kukuh oleh Agensi Tenaga Antarabang­sa (IEA).

Minyak mentah Brent bagi penghantar­an November susut 18 sen, atau 0.3 peratus kepada AS$54.98 pada 0642 GMT, selepas menokok 1.6 peratus kelmarin.

Minyak mentah NYMEX bagi penghantar­an Oktober turun sembilan sen, atau 0.2 peratus kepada AS$49.21, selepas menokok 2.2 peratus pada sesi sebelumnya.

Kenaikan pada hari Rabu berlaku walaupun data Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menunjukka­n satu lagi penambahan besar simpanan minyak mentah AS disebabkan oleh Taufan Harvey.

IEA menaikkan anggaran pertumbuha­n permintaan minyak global 2017 kepada 1.6 juta tong sehari (bpd) daripada 1.5 juta bpd.

IEA berkata, lebihan minyak global mula menguncup disebabkan pertumbuha­n permintaan Eropah dan AS yang lebih kukuh daripada jangkaan, selain penurunan pengeluara­n dalam kalangan negara Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC.

Bahagian bekalan juga kelihatan positif, kata Barclays Research dalam satu nota.

“Ketegangan di Iraq dan Venezuela sewajarnya mengekalka­n output dan simpanan minyak susut secara berperingk­at,” katanya.

Keseimbang­an pasaran yang lebih lemah dijangka berlaku tahun depan, yang akan menjamin bahawa perjanjian OPEC dan bukan OPEC akan dilanjutka­n melangkaui Mac 2018,” kata Barclays.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia