Berita Harian

FBM KLCI susut 4.70 mata

Aktiviti pengambila­n untung jejas bursa

-

Bursa Malaysia meneruskan kerugian semalam apabila ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi kebanyakan pasaran serantau lain susulan aktiviti pengambila­n untung saham berwajaran tinggi terpilih, pengguna dan teknologi, kata peniaga.

Ketika ditutup, petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.70 mata untuk ditutup kepada 1,781.37 selepas berlegar dalam lingkungan 1,786.14 dan 1,780.79 sepanjang dagangan hari ini.

Ia dibuka dengan menokok 0.07 mata kepada 1,786.14 berbanding 1,786.07 ketika ditutup pada Rabu.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung, iaitu 492 berbanding 397 dengan 342 kaunter tidak berubah, 601 tidak didagangka­n manakala 39 lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 1.9 bilion unit bernilai RM1.81 bilion daripada 2.70 bilion unit bernilai RM1.85 bilion yang dicatatkan pada Rabu.

Antara kaunter paling rugi, British American Tobacco susut 68 sen kepada RM43.62, Globetroni­cs merosot 37 sen kepada RM5.97 manakala United Plantation Bhd turun 34 sen kepada RM9.46.

“Data terbaru China yang lebih lemah daripada jangkaan, terutama data pengeluara­n industriny­a pada Ogos ternyata menjejaska­n momentum pertumbuha­n ekonomi kedua terbesar dunia itu pada separuh kedua 2017 dan mencetuska­n permintaan global yang kukuh, khususnya bagi komoditi,” kata seorang peniaga.

Pelabur bersikap berhati-hati

Bagaimanap­un, katanya, pelabur lebih bersikap berhati-hati terhadap data rasmi inflasi Amerika Syarikat (AS) yang dijadual diumumkan lewat hari ini.

Ia bagi mencari sebarang petunjuk sama ada pihak Rizab Persekutua­n AS berkemungk­inan terus berpegang kepada kaedah kawalan monetari lebih ketat yang diamalkann­ya ketika ini.

Pasaran bagaimanap­un mendapat sokongan daripada jangkaan bahawa Indeks Harga Pengguna Amerika Syarikat akan meningkat sebanyak 1.8 peratus pada Ogos yang akan mengesahka­n lagi aliran peningkata­n sederhana sejak tiga bulan lepas.

Sementara itu, pada peringkat serantau, pasaran Nikkei 225 Jepun susut 0.23 peratus kepada 19,819.14, Hang Seng Hong Kong merosot 0.28 peratus kepada 27,894.08, Kospi Korea Selatan sebaliknya menokok 0.91 peratus kepada 2,361.69 manakala Indeks Straits Times Singapura berkuranga­n 0.24 peratus kepada 3,222.72.

Saham wajaran tinggi pula menyaksika­n Maybank untung dua sen kepada RM9.72, CIMB naik satu sen kepada RM6.73 manakala TNB, Public Bank dan Sime Darby tidak berubah masing-masing pada RM14.58, RM20.58 dan RM9.14.

Bagi kaunter aktif, MMAG Holdings naik satu sen kepada 20.5 sen, MLABS dan Land & General masingmasi­ng untung setengah sen kepada 10.5 sen dan 22.5 sen manakala Sino Hua-an tidak berubah pada 25.5 sen.

Indeks FBM Emas pula berkuranga­n 21.16 mata kepada 12,687.29, Indeks FBMT 100 susut 21.70 mata kepada 12,348.57 manakala FBM Ace turun 22.47 mata kepada 6,704.55.

Indeks FBM Emas Shariah mero- sot 25.53 mata kepada 12,894.82 manakala FBM 70 naik 14.32 mata kepada 15,179.73.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n berkuranga­n 61.76 mata kepada 7,922.81, Indeks Perusahaan susut 5.79 mata kepada 3,233.71 namun Indeks Kewangan meningkat 8.16 mata kepada 16,824.89.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkuranga­n kepada 1.19 bilion saham bernilai RM1.68 bilion daripada 1.77 bilion saham bernilai RM1.67 bilion pada Rabu.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan menguncup kepada 164.47 juta unit bernilai RM109.10 juta berbanding 783.61 juta unit bernilai RM158.31 juta semalam.

Jumlah waran pula merosot kepada 123.22 juta saham bernilai RM16.45 juta daripada 134.75 juta saham bernilai RM17.11 juta sebelum ini.

Barangan pengguna menyumbang 117.50 juta saham didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (371.38 juta), pembinaan (98.12 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (315.88 juta), teknologi (86.89 juta), infrastruk­tur (4.26 juta), SPAC (2.37 juta), kewangan (49.50 juta), hotel (4.13 juta), hartanah (109.06 juta), perladanga­n (28.56 juta), perlombong­an (233,800), REIT (9.41 juta) manakala dana tertutup (19,100).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia