Berita Harian

Krisis Korea Utara reda lonjak imdeks

-

menerajui peningkata­n merentasi kebanyakan pasaran Asia semalam, menjejaki catatan rekod yang dicatatkan di Wall Street.

Ia berikutan keredaan krisis Korea Utara dan peniaga menarik nafas lega bahawa Taufan Irma yang melanda Florida tidak seteruk seperti yang disangka.

Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengundi sebulat suara untuk melancarka­n sekatan terhadap Korea Utara, selepas memenangi soko- ngan penting Russia dan China, sementara Amerika Syarikat (AS) berharap penyelesai­an damai terhadap krisis itu.

Langkah itu menyediaka­n rangsangan yang amat diperlukan selepas ujian nuklear Pyongyang pada 3 September lalu menjejaska­n pasaran dan mendorong pelabur kepada pelaburan lindung nilai emas dan yen.

Walaupun spekulasi meluas, Korea Utara tidak melancarka­n peluru berpandu terbarunya, sekali gus membantu melonjakka­n tiga indeks utama New York lebih satu peratus kelmarin, dengan Indeks S&P 500 kepada paras rekod baharu.

Kebanyakan pasaran Asia menjejaki New York, dengan kelemahan mendadak yen yang memberi kelebihan kepada pengekspor­t Jepun.

Dolar AS berada pada paras 109.56 yen berbanding paras rendah 10 bulannya sekitar 107.30 yen minggu lalu.

Indeks Nikkei ditutup meningkat 1.2 peratus, sebulan tinggi, sementara Shanghai meningkat 0.1 peratus dan Sydney naik 0.6 peratus.

Seoul naik 0.3 peratus sementara Taipei dan Singapura juga meningkat. Manila pula ditutup berikutan banjir.

Hong Kong naik 0.1 peratus beri- kutan peningkata­n kukuh pada dua sesi lalu.

Pada awal dagangan Eropah, London naik 0.1 peratus, Paris tambah 0.3 peratus dan Frankfurt meningkat 0.5 peratus.

Penganalis­is berkata, sementara Irma masih menjadi ancaman, hakikatnya ia melanda pantai timur Florida berbanding melanda kawasan utamanya yang bermaksud kurang kerosakan berbilion dolar AS.

Ia menyediaka­n sokongan tambahan kepada dolar AS.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Indeks Nikkei ditutup meningkat merentasi kebanyakan pasaran Asia.
[ FOTO AGENSI ] Indeks Nikkei ditutup meningkat merentasi kebanyakan pasaran Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia