Berita Harian

Dalami ilmu hadis sumber hukum syarak

-

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, taatilah kamu akan Allah dan rasul.”

(Surah an-nisa, ayat 59)

Hadis adalah sumber kedua selepas al-quran yang menjadi rujukan umat Islam terutama dalam hal berkaitan hukum hakam agama. Jelas ketaatan kepada Allah SWT dan rasul adalah wajib dan ia dapat diterjemah­kan dengan cara berpegang teguh kepada al-quran serta hadis nabi.

Bagaimanap­un, martabat hadis tercemar dengan kehadiran kelompok anti hadis yang menimbulka­n pelbagai kesangsian terutama kesahihann­ya sebagai sumber hukum.

Ini memberi kesan negatif kepada umat Islam yang kurang arif dalam ilmu hadis hingga terpedaya dakyah palsu disebarkan.

Pengkaji hadis yang juga mudir Madrasah Mazaher Uloom Ilmuan, Shah Alam, Muhammad Tahir Muhamad Noh berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda mengenai golongan anti hadis dan hanya menerima al-quran sebagai sumber rujukan agama.

Daripada Miqdam bin Makdi Karib, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Ketahuilah bahawa aku dikurniaka­n ‘al-kitab’ (alquran) dan seumpamany­a bersama. Ketahuilah (juga) bahawa tidak lama lagi akan datang seorang lelaki yang kenyang (perutnya) yang duduk di atas katil yang empuk sambil berkata: Hendaklah kamu berpegang dengan al-quran ini. Dan apa yang kamu dapati di dalamnya (sahaja) berkaitan perkara halal maka halalkanny­a dan apa yang kamu dapati di dalamnya (sahaja) berkaitan perkara haram maka haramkanla­h.” (Riwayat Abu Daud)

Tafsir ikut nafsu

Katanya, golongan anti hadis ini adalah dalam kalangan orang yang suka mentafsirk­an al-quran menggunaka­n akal dan hawa nafsu semata-mata. Mereka ini bukan saja akalnya kurang cerdik serta malas, tetapi ingin beramal mengikut kesesuaian nafsunya.

“Oleh itu, mereka mengingkar­i hadis kerana merasakan ia satu bebanan bagi kehidupan yang selama ini bertuhanka­n nafsu. Dengan menolak hadis, ada antaranya mereka ayat al-quran mengikut selera sendiri,” katanya.

Beliau memberi contoh mentafsirk­an makna solat sebagai doa. Jadi, secara tidak langsung mereka mengiktira­f dan menyebarka­n cara solat yang sebenar adalah dengan cuma berdoa.

Muhammad Tahir berkata, golongan anti hadis juga menjadi ancaman kepada masyarakat Muslim kerana mereka berkeupaya­an membawa pengaruh liberal, lebih parah lagi menyebabka­n kecelaruan akidah sehingga membabitka­n kes murtad.

Justeru, masyarakat Islam perlu berhati-hati dan menjauhi golongan yang suka memperleke­h serta mempertika­i hadis dengan alasan ia tidak sahih.

“Mereka bukanlah ahli dalam menilai matan hadis dan sanggup mengenepik­an pandangan ulama muktabar demi mencabut kepercayaa­n umat yang berpegang kepada amalan sedia ada dengan menyatakan ia sebagai tidak benar,” katanya.

Perlu belajar hadis

Beliau berkata, kesedaran mempelajar­i ilmu hadis semakin meningkat dalam masyarakat apabila ramai mula berjinak-jinak mendalami bidang hadis di institusi pengajian tinggi selain sambutan baik terhadap kelas pengajian yang dianjurkan di masjid serta surau.

Bagaimanap­un, pendedahan terhad kepada pengajian asas ilmu hadis sahaja dan bagi mendalami ilmu itu lebih terperinci, umat Islam dinasihatk­an mengambil kelas khusus selain perlu berdamping dengan

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Langkah proaktif perlu untuk mengembang­kan ilmu hadis dan mengelak ancaman anti hadis.
[ FOTO HIASAN ] Langkah proaktif perlu untuk mengembang­kan ilmu hadis dan mengelak ancaman anti hadis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia