Berita Harian

Buru kelah Samarinda

Puas, berbaloi mengembara jauh hingga ke Kalimantan

-

Menempuh perjalanan jauh dari Kuala Lumpur ke Jakarta dan kemudian Balik Papan di Kalimantan sangat memenatkan apatah lagi tujuannya semata-mata untuk memancing kelah.

Bagi penulis, ia seperti tidak berbaloi tetapi lain pula kepada pemancing tegar laut dalam seperti Fahiz

Hussin yang menganggap­nya sebagai satu kepuasan.

Katanya, kali ini dia mahu mencari kelainan di sungai di sekitar pergununga­n kerana cabarannya cukup berbeza berbanding lautan dalam menerusi trip yang pernah disertainy­a.

Tambahan pula kelah atau bahasa tempatan dikenali sebagai ikan sapan - dianggap sebagai trofi memancing seumur hidup.

Pemancing yang berjaya menaikkan spesies itu boleh mengukir senyum bangga kerana kelah berharga ratusan ringgit sekilogram.

Populasi masih banyak

Trip julung kali Fahiz ini turut disertai rakan lain dari Semenanjun­g seperti Sudeep, Dr Yan, Kassey dan Guo Bin mengembara ke Balik Papan untuk mencari spesies kelah merah dan biru selain sebarau bersaiz bagak atau badong.

“Apabila kami tiba di tapak khemah di Tenggarong selepas menaiki kereta pacuan empat roda selama lima jam, barulah aktiviti memancing boleh bermula.

“Pada mulanya jurupandu kami memaklumka­n Sungai Samarinda agak keruh,” katanya.

Fahiz berkata, aktiviti tetap diteruskan apabila dia yang menggunaka­n joran

Daiwa Steez Hustler dan kekili berprofil rendah Daiwa Steez berjaya menaikkan kelah merah seberat lima kilogram.

Rakan-rakannya yang lain turut sama menaikkan ikan kelah sisik merah dan biru yang populasiny­a masih banyak di sungai ini tatkala airnya bebas dari pencemaran dan sebagainya.

Rakus membaham umpan

Gewang selaman cetek warna terang jenis Ima Ligid 70 paling laku di Sungai Samarinda.

Ini kemungkina­n ia menyerupai anak ikan seluang atau lampam kecil menyebabka­n mengapa ia sering dibaham ikan pemangsa.

Dalam sehari saja, Fahiz dan rakan-rakannya berjaya menaikkan tujuh hingga lapan kelah yang saiznya antara lima kilogram hingga lapan kilogram. Mereka hanya memancing dengan berhanyut menaiki bot getah yang jaraknya dua jam dari khemah.

“Saya sangat terkejut kerapa populasi kelah di Sungai Samarinda yang sangat banyak. Mungkin kerana aktiviti memancing kurang dilakukan di sungai ini selain bebas dari pencemaran dan penebangan balak.

“Kalaulah di Malaysia ada kelah sebanyak ini, tidak perlu kami datang hingga ke sini (Kalimantan),” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Kelah rakus membaham gewang jenis Ima Ligid 70 berwarna terang.
Kelah rakus membaham gewang jenis Ima Ligid 70 berwarna terang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia