Berita Harian

Rintihan wanita di tebing sungai

Hajat memancing terbantut gara-gara enjin bot mati di tengah malam

-

Pak Sharif berumur awal 60-an dengan menjadikan nelayan sebagai punca rezeki utamanya.

Rumahnya terletak di muara Sungai Bernam, yang menjadi laluan masuk dan keluar bot nelayan di Hutan Melintang,

Bagan Pasir dan Bagan Datuk dari Selat Melaka atau Laut Hindi.

Penduduk di sini sudah biasa mendengar deruan enjin bot nelayan yang bergerak secara berkonvoi.

Selain menangkap ikan, Pak Sharif juga memburu udang di beberapa lubuk di sekitar Sungai Bernam selain membawa kaki pancing hingga ke sekitar Pulau Sembilan.

Berlepas selepas Maghrib

Di atas permintaan dua rakan lamanya,

Rahim dan Amran, pak Shariff bersetuju untuk menangkap ikan atau udang di muara Sungai Bernam. Turut serta ialah anak bongsunya, Fazil yang kebetulan sedang menghabisk­an cuti semester.

Untuk aktiviti menangkap ikan, kebiasaann­ya pak Shariff pergi bersama Usop dan Johari atau Joe, tetapi kali ini kedua-duanya tidak dapat ikut serta kerana masing-masing ada urusan keluarga.

Pak Sharif tidaklah berasa janggal sangat.

Fazil boleh membantu kerana kerap mengikutny­a menangkap ikan ke laut.

Disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan pak Shariff, Amran, Rahim dan Fazil bertolak dari jeti pangkalan agak lewat iaitu selepas solat Isyak sedangkan sepatutnya selepas Maghrib.

Enjin bot tiba-tiba terhenti

Matlamat mereka untuk memancing beberapa lubuk tidak jauh dari muara Sungai Bernam yang mengambil masa dua jam.

Kira-kira 45 minit, tibatiba enjin bot terhenti. Ini mengejutka­n pak Shariff kerana dia sudah memeriksa enjin bot dan semuanya dalam keadaan baik.

Mujurlah bot terhenti tidak tidak jauh dari tebing sungai yang dipenuhi dengan hutan pakau dan pokok nipah.

Suasana di muara Sungai Bernam menghadap Selat Melaka ketika itu terasa agak aneh. Sunyi dan sepi.

Dari remang-remang hutan bakau dan pokok nipah, sesekali kelihatan cahaya daripada kelipkelip. Kocakan air yang menghempas badan bot memecahkan kesunyian dalam kepekatan malam.

Suara rintihan bersahut-sahutan

Selepas meneliti suasana persekitar­an, Pak Sharif mengangguk-angguk seolah-olah sedang bercakap dengan seseorang.

“Rasa macam ada suara perempuan minta tolong,” tiba-tiba Amran bersuara.

Pak Sharif memberikan isyarat diam. Amran mengangguk­kan kepala sebagai tanda memahami arahan pak Sharif.

Suasana gelap pekat tidak ada cahaya kecuali lampu suluh di tangan di pak Sharif dan Amran memang menyeramka­n.

Amran menyuluh ke arah hutan bakau.

Tiba-tiba terpandang cahaya yang bersinarsi­nar, mungkin pantulan daripada mata haiwan liar di hutan bakau. Dia terus mematikan lampu picitnya.

Ketika suasana sunyi sepi dan kedua-duanya seperti tidak dapat nak berbuat apa-apa, mereka dikejutkan dengan suara halus perempuan meminta tolong.

Lebih menakutkan suara itu seperti bersahutsa­hutan. Pak Sharif cuba menghidupk­an enjin bot tetapi tidak hidup pula.

Fazil sudah berpeluhpe­luh mencari punca enjin bot itu tidak boleh dihidupkan.

Hilang di celah hutan bakau

Pak Sharif memberanik­an diri menyuluh punca suara perempuan meminta tolong.

Dalam cahaya samarsamar itu, kelihatan wanita seperti sedang terkapai-kapai dihanyutka­n air dan kemudian hilang di celah-celah pokok nipah dan bakau. Seorang lagi seperti budak lelaki berpaut pada kayu yang separuh tenggelam.

Pak Sharif terus mematikan lampu suluhnya. Dia mendekati Amran dan Rahim yang duduk di buritan bot.

Akhirnya enjin bot dapat dihidupkan. Melihatkan keadaan yang kurang menyenangk­an, Rahim dan Amran meminta pak Sharif membatalka­n saja niat hendak memancing ikan di sekitar muara Sungai Bernam.

Dalam perjalanan balik ke jeti, semuanya diam. Hanya kedengaran bunyi enjin bot saja.

Mangsa tragedi sampan karam

Setibanya di jeti kira-kira jam 12 tengah malam, mereka memunggah semula beberapa barangan yang perlu.

Sebahagian barangan ditinggalk­an dalam bot kerana mereka merancang untuk memancing pada waktu siang keesokanny­a.

“Kau dengar suara orang perempuan minta tolong?” tanya pak

Sharif kepada Amran.

“Tempat enjin bot kita mati tadi, sebenarnya dulu tempat sampan karam.

“Perempuan itu dengan anaknya, nak menyeberan­g sungai ini waktu malam. Apa tujuannya, kita pun tak tau, tapi sampannya dikatakan terlanggar kayu hanyut.

“Sampan terbalik dan dua beranak itu lemas,” jelas Pak Sharif kepada Amran.

Pak Sharif menambah, tempat itu memang dianggap ‘keras’ oleh nelayan tempatan dan jarang kaki pancing berada di kawasan itu walaupun ia dianggap sebagai antara lubuk terbaik menangkap udang. Jika anda mempunyai pengalaman misteri atau menyeramka­n ketika memancing, kongsikan kejadian itu dengan e-mel kepada bminggu@ bh.com.my

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia