Berita Harian

Sertai misi kemanusiaa­n

-

“Mereka yang akan pilih lagu untuk saya. Buat masa ini, saya masih belum menerima maklumat daripada mereka. Kenalah tunggu,” katanya.

Tambah Khai, dia cukup bertuah kerana mendapat peminat yang setia menyokong kerjaya seninya seperti yang ditunjukka­n KBFC Hong Kong.

“Malah ketika ulang tahun kelahiran saya, mereka turut meraikanny­a di sana biarpun saya tiada di sisi,” katanya.

Tunai umrah bersama ibu bapa

Selain mengadakan konsert di Hong Kong, Khai atau nama sebenarnya, Muhamad Khairul Baharudin sudah bersedia untuk melebarkan sayapnya ke negara seberang.

Khai berkata, selepas sekian lama tertangguh, dia akan mengadakan siri promosi di Jakarta, akhir bulan ini.

“Sepatutnya, saya pergi ke Jakarta, awal bulan ini. Namun, disebabkan jadual yang padat, saya hanya boleh pergi akhir bulan.

“Ramai peminat asyik bertanya bila saya akan ke Jakarta. Jadi saya tak mahu bertangguh lagi,” katanya.

Khai berkata, pelbagai aktiviti sudah diatur syarikat rakaman antaranya membuat persembaha­n untuk stesen televisyen (TV) di negara itu.

“Saya akan menyanyika­n dua lagu sendiri dan sebuah lagu penyanyi lain,” katanya ketika ditemui pada majlis Showcase

Amal Eksklusif Rabbani dan Khai Bahar di ibu negara, baru-baru ini.

Persembaha­n itu dianjurkan bagi mencari dana untuk diserahkan kepada rakyat Syria yang menjadi pelarian di Istanbul.

Khai dan Ustaz Azadan yang mewakili kumpulan Rabbani, diiringi wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Syria Care akan menyertai Kembara Jiwa dan Kemanusiaa­n Syria Care 2017 ke Istanbul pada 31 Oktober depan.

Program itu dilancarka­n bagi membantu rakyat Syria yang menjadi mangsa bencana kemanusiaa­n terutama kanak-kanak.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Khai berkata, selain menyertai misi kemanusiaa­n, dia mengambil kesempatan untuk menunaikan ibadat umrah bersama ibu bapa.

“Pada mulanya, saya merancang mengerjaka­n umrah, tahun depan. Bagaimanap­un, apabila pihak Syria Care mengundang saya untuk bersama dalam aktiviti ini termasuk mengerjaka­n umrah, saya menerima dengan hati terbuka.

“Memang tak sangka dapat tawaran begini kerana saya baru setahun jadi penyanyi. Kebetulan pula, saya ada rezeki lebih, jadi saya bawalah ibu bapa bersama. Seronok melihat mereka gembira dan moga urusan kami dipermudah­kan,” katanya.

Jujur dalam berkarya

Beralih kepada perkembang­an kerjaya seni, anak jati Perlis ini berkongsi berita gembira apabila single terbarunya, Luluh mendapat jumlah tontonan melebihi tiga juta di Youtube sejak sebulan lalu.

Baginya, ini suatu perkembang­an yang baik kerana lagunya sebelum ini sering dibayangi single pertama, Bayang.

“Alhamdulil­lah, lagu ini melebihi sasaran yang dijangka. Saya bukannya mengharapk­an lagu ini bersaing dengan lagu lama. Asalkan ia boleh pergi jauh, itu sudah memadai buat saya,” katanya.

Diusik pertanyaan apakah dia menggunaka­n kaedah ‘membeli’ jumlah tontonan semata-mata untuk menunjukka­n lagunya cukup popular di laman sosial, Khai memberitah­u, dia lebih suka bersikap jujur dalam berkarya.

“Boleh ke nak buat begitu? Apa pun, saya tak akan sesekali menipu semata-mata untuk tunjukkan lagu saya popular.

“Walaupun peminat saya tidak ramai, tapi saya yakin mereka akan membantu saya dengan menonton video dan mendengar lagu saya. Tak payah sampai tahap nak ‘beli’ jumlah tontonan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Persembaha­n Rabbani dan Khai Bahar (tengah) untuk mengumpul dana bagi membantu rakyat Syria.
Persembaha­n Rabbani dan Khai Bahar (tengah) untuk mengumpul dana bagi membantu rakyat Syria.
 ??  ?? Khai Bahar akan membawa ibu dan bapa mengerjaka­n umrah.
Khai Bahar akan membawa ibu dan bapa mengerjaka­n umrah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia