Berita Harian

53 judul bersaing

Penganjur FFM29 umum calon Top 5 pada malam kemuncak pada 23 September ini

-

Festival Filem Malaysia (FFM) ke-29 menyaksika­n 53 filem bertanding merebut 24 anugerah pada malam kemuncak yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pada 23 September ini.

Daripada jumlah itu, 41 judul adalah filem bahasa Melayu, enam karya Mandarin, lima naskhah Tamil dan sebuah filem Inggeris.

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan

Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Induk FFM29, Datuk Fauzi Ayob, berkata, senarai Top 5 setiap kategori hanya diumumkan pada malam kemuncak.

“Sebelum ini, FFM diadakan dua malam membabitka­n Anugerah Utama dan kategori teknikal. Namun, kali ini, semua 24 anugerah akan disampaika­n pada malam kemuncak.

“Mekanisma ini diambil untuk menghargai usaha karyawan baik di depan mahupun di belakang tabir yang berjuang mendapatka­n kualiti kerja terbaik.

“Untuk penganjura­n kali ke-29, fokus pengiktira­fan lebih kepada filem cereka saja. Pengiktira­fan karya animasi dan filem pendek akan dipertandi­ngkan dalam platform lain,” katanya pada sidang akhbar di ibu negara, kelmarin.

Pengisian ilmiah

Mengangkat tema Transforma­si Citra Karya, Fauzi berkata, FINAS akan membawa kelainan dengan memberi fokus kepada program pembanguna­n untuk modal insan.

“FFM29 bukan hanya untuk berseronok tapi perlu diserapkan dengan pengisian keilmuan untuk meningkatk­an kreativiti dan idea.

“Pelbagai program diatur untuk penggiat seni antaranya membawa pakar filem dari India dan Amerika Syarikat (AS) mengendali­kan kelas sinematogr­afi di Studio Sound Stage FINAS,” katanya.

FFM29 menyaksika­n pelawak, Zizan Razak sebagai hos utama berganding dengan Nabila Huda, Elizabeth Tan dan Tanuja.

Karyawan dan penggiat seni yang akan menyampaik­an anugerah adalah Datuk Norman Halim,

Puan Sri Tiara Jacquelina, Osman Ali, Vanidah

Imran, Fattah Amin, Fasha Sandha, Faizal Hussein dan ramai lagi.

Kumpulan KRU, Aisyah Aziz, Mirwana, UNIC, Salamiah Hassan, Atillia, Shiha Zikir dan Akim & The Majistret pula menjayakan segmen persembaha­n.

FFM29 akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan Astro Ria Hdpadajam9­malam.

 ??  ?? Zul Ariffin dan Siti Elizad turut memeriahka­n sidang media FFM
Zul Ariffin dan Siti Elizad turut memeriahka­n sidang media FFM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia