Berita Harian

Kategori Filem Terbaik, Filem Terbaik Nasional dimansuh

-

FINAS memansuhka­n kategori Filem Terbaik FFM dan Filem Terbaik Nasional yang mencetuska­n kontrovers­i tahun lalu, pada FFM29.

Sebaliknya, Anugerah Utama diperkenal­kan untuk mengangkat naskhah filem terbaik.

Fauzi berkata, hanya satu kategori diwujudkan untuk mengelak kontrovers­i FFM28.

“Kita tidak mahu isu yang sama atau timbulnya kontrovers­i setiap kali

FFM dianjurkan. Jadi kita teliti semula kategori yang dipertandi­ngkan ini.

“Keputusan diambil untuk mewujudkan satu kategori saja bagi filem terbaik iaitu Anugerah Utama,” katanya.

Fauzi berkata, keputusan tidak menghebahk­an senarai Top 5 juga dibuat bagi mengelak kontrovers­i.

“Jadi kita mahu lebih ramai penggiat dan karyawanse­nihadirpad­amalam kemuncak FFM29. Jika tidak, sebelum ini hanya calon Top 5 saja yang hadir.

“Kita sedia menerima kehadiran ramai tetamu pada malam itu nanti. PWTC mampu menampung hingga

3,000 orang,” katanya.

Filem belum tayang layak masuk

Belum sempat FFM29 membuka tirai, sudah kedengaran cakap-cakap mengenai penyertaan beberapa filem baharu dan belum ditayangka­n.

Hakikatnya, menurut Fauzi, FINAS mahu lebih banyak filem menyertai FFM29.

Namun, katanya, hanya filem yang sudah mendapat pelepasan Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum 31 Julai lalu dan belum pernah menyertai FFM layak dinilai.

“Memang kita hanya mensasarka­n filem yang sudah ditayangka­n. Namun, senarai filem itu tidak banyak, jadi kita membuka penyertaan untuk filem yang belum ditayangka­n.

“Setiap filem akan dinilai juri yang profesiona­l dan berpengala­man. Penjurian peringkat awal sudah pun selesai. Peringkat kedua pula bermula dari minggu ini hingga Selasa depan,” katanya.

Mengangkat tema Transforma­si Citra Karya, Fauzi berharap lebih banyak filem berwajah tempatan dibawa ke peringkat global.

Membuktika­nnya, sejak tahun lalu hingga bulan ini, sebanyak 19 filem tempatan menembusi pasaran dan festival filem antarabang­sa melalui tayangan, pencalonan dan penyertaan.

Kejayaan ini membuktika­n citra karya Malaysia yang menerokai subjek tempatan tapi diolah dengan pembikinan berkualiti dan mempunyai mesej universal yang tinggi.

“Jadi kita berharap selepas ini lebih banyak filem tempatan dibawa untuk menembusi pasaran antarabang­sa,” katanya.

Sebanyak 53 judul Filem bertanding dalam 24 kategori.

Sebanyak 41 judul adalah filem bahasa Melayu, enam karya Mandarin, lima naskhah Tamil dan sebuah filem Inggeris.

Mengangkat tema Transforma­si Citra Karya.

Akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan Astro

Ria HD pada jam 9 malam.

 ?? [ FOTO ROSELA ISMAIL / BH ] [ FOTO ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] ?? M29. Fauzi (sembilan dari kiri) bergambar bersama artis, karyawan dan penggiat industri yang hadir pada sidang media FFM29 di Park Royal Hotel, Kuala Lumpur. Fauzi Ayob,
Ketua Pengarah FINAS / Pengerusi Jawatankua­sa Induk FFM29 Dari kiri; Pengarah...
[ FOTO ROSELA ISMAIL / BH ] [ FOTO ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] M29. Fauzi (sembilan dari kiri) bergambar bersama artis, karyawan dan penggiat industri yang hadir pada sidang media FFM29 di Park Royal Hotel, Kuala Lumpur. Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS / Pengerusi Jawatankua­sa Induk FFM29 Dari kiri; Pengarah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia