Berita Harian

Nazrey sibuk berdakwah

-

Mengaku masih berkawan, Nazrey Johani iaitu bekas vokalis utama Raihan, tidak terfikir menyertai semula kumpulan nasyid popular itu.

Nazrey, 45, memberitah­u, masanya banyak dihabiskan untuk kegiatan dakwah.

Malah, ketika ini, dia sibuk menyiapkan projek membina madrasah kedua, Maahad Al-tahfiz Bayu Syahadah Dua di Batu 2, Jalan Lombong Tembaga Mamut, dekat pekan Ranau.

“Kami masih berkawan dan saya selalu berjumpa mereka (anggota kumpulan Raihan). Tetapi kalau bergabung (sertai semula Raihan), tidaklah.

“Tiada rancangan seumpama itu kerana saya sibuk dengan aktiviti dakwah di Ranau,“katanya.

Kira-kira 10 tahun lalu, Nazrey mengejutka­n peminat nasyid apabila membuat keputusan meninggalk­an Raihan bagi menumpukan perhatian terhadap kerja dakwah.

Pada 1997, Raihan mencatat jualan album tertinggi di Malaysia apabila kira-kira 700,000 unit album sulung yang berjudul Puji-pujian, habis terjual. Ketika itu, Nazrey menjadi vokalis utama kumpulan berkenaan.

Nazrey berkata, selepas projek Maahad Al-tahfiz Bayu Syahadah di Kampung Bitoon, siap tahun lalu, dia sibuk dengan projek membina madrasah kedua.

“Masa saya banyak dihabiskan di Ranau dan sukar untuk saya menerima komitmen di luar kawasan,” katanya.

Tunggu status konsert

Mengulas mengenai khabar angin dirinya bakal mengadakan konsert solo di Kuala Lumpur pada 28 Oktober depan, Nazrey berkata:

“Semuanya diuruskan rakan termasuk soal promosi. Kalau orang tanya saya mengenai konsert yang dikatakan ada dikongsi di Facebook, saya hanya jawab tidak tahu. Ini kerana semuanya diuruskan rakan.

“Saya sedang menunggu perkembang­an sama ada konsert itu jadi atau sebaliknya. Setakat ini, saya difahamkan ia masih dalam perancanga­n, belum pasti lagi.

“Saya juga tidak tahu siapa penyanyi undangan dalam konsert terbabit,” katanya.

Tersebar di laman sosial, Nazrey dikatakan bakal menjayakan konsert solo bersama beberapa penyanyi nasyid undangan seperti kumpulan Hijjaz dan seorang lagi bekas vokalis Raihan, Zulfadli Mustafa atau Afad, bulan depan.

Buka sekolah tahfiz kedua

Bercerita mengenai aktiviti dakwahnya, Nazrey berkata, masanya banyak dihabiskan dengan memantau kerja pembinaan sekolah tahfiz keduanya di Ranau.

“Selepas Maahad Altahfiz Bayu Syahadah di Kampung Bitoon siap, tahun lalu, saya sibuk membina cawangan madrasah itu di pekan Ranau.

“Masa saya banyak dihabiskan di situ dan sukar memenuhi komitmen lain,” katanya.

Berkongsi perkembang­an projek pembinaan Maahad Al Tahfiz Bayu Syahadah Dua, Nazrey memberitah­u, ia sudah lama dirancang demi memperkasa­kan syiar Islam di negeri itu.

“Madrasah ini sepatutnya dibina lebih awal. Namun, saya mengubah fikiran mendahuluk­an pembinaan masjid dan pusat tahfiz di Kampung Bitoon kerana melihat ada keperluan mendesak untuk program dakwah di sana.

“Selepas pembinaan di Kampung Bitoon siap, saya beralih membina madrasah di pekan Ranau ini untuk dijadikan pusat pengajian Islam. Kemudahan ini bukan saja boleh digunakan masyarakat setempat, malah dari seluruh Sabah termasuk negeri lain,” katanya.

Nazrey berkata, projek madrasah kedua itu merangkumi pembinaan surau, asrama dan ruang belajar.

“Kerja pembinaan sudah mencapai kira-kira 30 peratus sejak dimulakan awal tahun ini,“katanya.

Tambah Nazrey, ketika ini, pusat tahfiz di Maahad Al Tahfiz Bayu Syahadah di Kampung Bitoon hanya mampu menampung kirakira 20 pelajar sedangkan permintaan meningkat.

 ??  ??
 ??  ?? Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Datuk Mohamad Alamin (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Nazrey pada Program Marhaban Ya Ramadhan siri ke-2 yang diadakan di pekarangan Masjid Nurul Hidayah, pekan Bongawan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Datuk Mohamad Alamin (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Nazrey pada Program Marhaban Ya Ramadhan siri ke-2 yang diadakan di pekarangan Masjid Nurul Hidayah, pekan Bongawan.
 ??  ?? Nazrey sibuk menyiapkan madrasah kedua Maahad Al-tahfiz Bayu Syahadah di Batu 2, Jalan Lombong Tembaga Mamut, dekat pekan Ranau.
Nazrey sibuk menyiapkan madrasah kedua Maahad Al-tahfiz Bayu Syahadah di Batu 2, Jalan Lombong Tembaga Mamut, dekat pekan Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia