Berita Harian

‘Saya tak sempurna’

-

Dikecam netizen selepas mengaku menanggalk­an hijab, penyanyi Siti Saerah bagai ‘menempah’ bala selepas tidak habis-habis dikritik mengenai pendiriann­ya tidak mahu menjadi insan hipokrit.

Tidak cukup dilemparka­n kata-kata kesat baik dalam soal peribadi sehingga hukum agama, sikap keibuan adik kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza ini juga menjadi bahan kecaman.

Netizen mengkritik kononnya tindakan Siti Saerah, 34, membuka tudung tidak memberi contoh baik kepada anak-anaknya yang sedang membesar.

Menyedari diri menjadi bahan umpatan tak berkesudah­an, Siti Saerah bagaimana enggan melatah biarpun telinganya ‘panas’ apabila anak-anaknya pula terpalit dalam kontrovers­i itu.

Siti Saerah mengaku anak-anaknya iaitu Ummi Umairah, 6, Ahmad

Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3 tahun, masih kecil dan tidak mempunyai masalah dengan keputusann­ya menanggalk­an hijab.

Bagi Siti Saerah, biar- pun tidak lagi menutup aurat, dia masih mahu menunjukka­n contoh dan teladan yang baik kepada anak-anaknya.

“Bagi saya, janji apa yang kita tunjuk dan lakukan, biarlah yang baik-baik di depan anak-anak.

“Orang boleh bercakap apa saja pasal kita sebab kita tak boleh tutup mulut orang,” katanya.

Siti Saerah menambah, dia lali mendengar pelbagai tuduhan termasuk kononnya membuka hijab kerana mahu mencari pengganti bekas suaminya, Saiful Anuar Ahmad Shafie.

“Tidak mustahil ada yang bercakap saya tidak berhijab kerana ingin mencari pengganti.

Hakikat sebenarnya, kita saja yang tahu.

“Soal jodoh semua kuasa Tuhan. Tindakan yang saya lakukan ini untuk diri sendiri. Apa yang saya perlu buat adalah tunjuk benda yang baik.

“Tak semestinya kita kena bertudung baru tunjuk imej yang baik. Apa yang penting hati kita kena bersih dan baik,” katanya.

Siti Saerah dan Saiful Anuar bernikah pada

2010 namun perkahwina­n mereka hanya bertahan empat tahun.

Bukan persenda agama

Siti Saerah menjelaska­n, tindakanny­a menanggalk­an tudung bukan bermaksud mahu mempermain­kan agama.

“Ada sebab mengapa saya memilih untuk kembali kepada imej seperti ini. Saya kena bersedia dengan apa saja yang akan berlaku. Ini jalan yang saya pilih dan saya manusia biasa.

“Jadi, saya tak akan lari daripada semua itu,” katanya.

Siti Saerah mengaku merujuk kepada keluarga sebelum membuat keputusan yang mengejutka­n ramai pihak itu.

“Macam mana sekalipun keputusan yang kita buat, keluarga akan memikirkan yang terbaik untuk kita. Mereka mahu kita lakukan dengan cara yang betul,” katanya.

Tidak menerima tentangan insan tersayang, sebaliknya,

Siti Saerah berkata, keluarga menyerahka­n segala keputusan kepadanya.

Enggan dilihat hipokrit, Siti Saerah berpegang kepada pendirian sendiri berhubung perkara itu.

“Apa yang keluarga cakap dan nasihat, kalau boleh, memang nak saya kekalkan imej begitu (bertudung). Tetapi ini keputusan saya sendiri. Keluarga bukanlah tak marah ataupun membantah, cuma sebagai manusia, saya cuba perbaiki diri kerana saya tak sempurna.

“Ada benda kita terlampau nak menutup pun tak boleh juga. Ini kerana kita tahu diri kita sendiri. Apapun, saya mahukan semua orang

 ?? [ FOTO NIK HARIFF HASSAN / BH ] ??
[ FOTO NIK HARIFF HASSAN / BH ]
 ??  ?? Siti Saerah bersama jejaka yang dikatakan rapat dengannya, Shahidan Johari pada majlis sidang media Karnival Extravagan­za di Setapak.
Siti Saerah bersama jejaka yang dikatakan rapat dengannya, Shahidan Johari pada majlis sidang media Karnival Extravagan­za di Setapak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia