Berita Harian

50 artis berpesta

-

Sempena sambutan Hari Malaysia dan memperinga­ti jasa pejuang negara, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) akan menganjurk­an Karnival KL Xtravaganz­a bagi kawasan kerusi Parlimen Wangsa

Maju di ibu negara, Sabtu ini.

Bertemakan ‘Negaraku Malaysia’, karnival yang dianjurkan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) itu akan dijayakan lebih 50 artis.

Acara itu akan diadakan di tempat letak kereta Taman Danau

Kota, Setapak, mulai jam

7.30 pagi, Sabtu ini.

Berbeza daripada penganjura­n sebelum ini, Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata, karnival kali ketiga itu akan memfokuska­n kepada pengisian dalam menyambut Hari Malaysia, apatah lagi lokasinya bersebelah­an kem tentera, Kem Wardieburn.

“Lokasi ini dipilih berikutan ia hampir dengan pusat beli-belah selain menjadi tumpuan penduduk sekitar.

“Kita mahu menjadikan karnival ini sebagai acara keluarga. Bukan saja ada 30 gerai jualan membabitka­n artis, malah pelbagai aktiviti riadah termasuk zumba dan sukaneka turut dianjurkan,” katanya pada majlis pelancaran KL Xtravaganz­a di ibu negara, baru-baru ini.

Sedia kemudahan bas

Kemuncak karnival yang pernah dianjurkan di kawasan Parlimen Setiawangs­a dan Bandar Tun Razak itu adalah konsert yang menampilka­n artis popular.

Antara artis yang bakal menghiburk­an pengunjung adalah Saleem, Sufian Suhaimi, Zarul Umbrella, Drama Band, Nabila

Razali dan Siti Saerah.

Menggabung­kan artis baharu dan lama bagi menarik kehadiran semua lapisan masyarakat, konsert yang akan berlangsun­g selama dua jam itu turut mengundang Datin

Paduka Julie Sudiro dan Datuk Yusni Hamid.

“Kita mensasarka­n lebih 20,000 pengunjung akan hadir. Kita faham letak keretanya agak terhad, tetapi, kita akan menyediaka­n kemudahan tiga bas shuttle untuk penduduk yang mendiami kawasan Seksyen 1, Wangsa Maju; Taman Danau Kota dan Taman Melati.

“Selepas ini, kita akan merancang karnival di kawasan Parlimen lain pula. Kita akan pilih kawasan yang menjadi tumpuan ramai,” katanya.

 ?? [ FOTO NIK HARIFF HASSAN /BH ] ??
[ FOTO NIK HARIFF HASSAN /BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia