Berita Harian

Ebek pertama cetus semangat

Ahli GCMC hampir berputih mata selepas bot ditempah tidak muncul

-

Hampir dua jam menunggu tekong yang tidak muncul menimbulka­n rasa gelisah kepada tujuh ahli Geng Culas Mukul Curi (GCMC) yang sudah lama menunggu di di Jeti Teluk Penyabung, di Mersing, Johor.

Panggilan dibuat berkali-kali tetapi masih tidak berjawab. Persoalan terjawab, apabila tekong asal tidak dapat turun kerana botnya rosak. Bagaimanap­un, tekong berjaya mencari bot gantian kerana tidak mahu menghampak­an harapan geng GCMC.

Dua bot digunakan dengan penulis berada dalam bot pertama bersama-sama Afzainizam Che Rasid, Abang Annuar Abang Kaderi dan Mohd Hamizan Mohamad Yunus.

Bot kedua membawa Mohd Muskizea Abdul Majid, Abdul Halim Mohamed Tamizi dan Shaiful Amri Manor.

Kira-kira jam 10 pagi kami tiba di lubuk pertama. Kumpulan bot pertama tanpa melengahka­n masa terus menurunkan jig.

Henjutan dibuat tanpa jemu dan akhirnya selepas 30 minit, ebek seberat 4 kilogram (kg) berjaya dinaikkan.

Ikan pertama penguat semangat

Kejayaan menaikkan ikan pertama menguatkan semangat kami untuk menghayun jig dan usaha berbaloi apabila giliran joran Afzainizam atau

Abe Ja dan Abang Annuar melengkung ditarik ikan. Nasib tidak menyebelah­i Abang Annuar apabila tali utama putus setelah bergesel dengan tali Abe Ja.

Bagaimanap­un, Abe Ja berjaya menaikkan gerong belang seberat

9.04 kg. Selang beberapa minit, giliran bot kedua riuh rendah apabila jig Muskizea disambar ebek seberat hampir 4 kg.

Menjelang 2 petang, dua gerong belang dan empat ebek berjaya dinaikkan.

Dibahagi sama rata

Suasana kembali sunyi apabila jig tidak disambar ikan. Tekong segera mengubah ke lubuk kerisi.

Hampir satu jam di lubuk ini, kami beralih ke unjam yang terletak 12 km dari situ.

Setiba diunjam, masing-masing menggunaka­n pelbagai teknik pancingan seperti apollo, jig, casting dan bottom.

Kira-kira 40 minit diunjam, joran tekong

Amy Angler melengkung ditarik gerong belang yang menyambar umpan sotong.

Akhirnya, gerong belang berat 5 kg berjaya dinaikkan.

Dalam perjalanan balik, tekong berhenti di lubuk kunyit. Hampir setengah tong ikan kunyit berjaya dinaikkan.

Keseluruha­nnya trip ini memperoleh tiga gerong belang dan lima ebek dan semuanya dibahagi sama rata

 ??  ?? Ebek Teluk Penyabung, Mersing sasaran tangkapan hebat pemancing.
Ebek Teluk Penyabung, Mersing sasaran tangkapan hebat pemancing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia