Berita Harian

Menghambat kanai di Suan Lamba

-

Tiga hari menyusuri muara Sungai Suan Lamba di Sandakan oleh penulis bersama Ahmad Fatullah atau Papay dan Abdul Alfian Abdullah Chik (Yan) dirasakan sangat berbaloi.

Penulis menyediaka­n perkakasan dan keperluan memancing, manakala Papay dan Yan mencari bot.

Bertolak sekitar jam 5 petang dari jeti di belakang bangunan Genting MAS Mall di bandar Sandakan, perjalanan menuju ke lokasi persinggah­an pertama mengambil masa kira-kira 20 minit.

Setibanya di persinggah­an pertama kami mula memancing kaedah bottom (dasar) menggunaka­n umpan ikan tamban.

Sementara menunggu joran disambar ikan, kami memasang lampu kerana suasana mula gelap.

Jamu selera dengan burasak

Menjelang malam, kami menjamu selera dengan nasi yang dibungkus dalam daun pisang.

Dalam masyarakat Bugis, kami panggil burasak, dimakan bersama lauk ayam masak merah dan ayam likuk (lengkuas) yang disediakan oleh ibu penulis.

Selepas makan malam, kami menggulung koyan dan terus menuju ke muara Suan Lamba untuk bermalam.

Tiba di muara, banyak bot nelayan sedang memasang pukat, sekali gus menyukarka­n kami untuk masuk ke dalam muara.

Namun, dengan kepakaran Papay mengemudi bot, kami akhirnya dapat masuk ke dalam muara Suan Lamba.

Tidak disambut mesra

Pada hari kedua trip, kami bangun seawal jam 5 pagi dan mulakan memancing dengan teknik casting.

Gewang pula, kami menggunaka­n Rapala TDD11 untuk mencapai kedalaman hingga ke dasar agar peluang strike menjadi lebih tinggi. Namun, kehadiran kami tidak disambut ‘dengan mesra’ disebabkan air muara keruh.

Enjin bot dimatikan dari jarak sekitar 100 meter disusuri dengan dayungan pelahan-lahan menuju ke arah ranggas.

Balingan pertama Papay dengan teknik karauan yang perlahan dan statik tiba-tiba disambar ganas oleh kanai (Black Bass).

Selepas Papay, joran penulis disentap rakus oleh siakap merah dalam anggaran 1.5 kg.

Sentapan terakhir

Selepas itu peluang strike makin rendah, lalu memutuskan keluar dari kawasan air keruh untuk di tempat lain.

Kami menemui dua batang pokok jatuh dalam air. Naluri kami kuat mengatakan mesti ada ikan kanai bermain di situ.

Jangkaan itu tidak salah apabila joran penulis menerima sentapan yang laju menuju ke arah ranggas.

Pengalaman dan teknik yang betul, penulis berjaya menewaskan kanai.

Pada tengah hari, melihat awan semakin gelap menyebabka­n kami terpaksa balik awal ke bandar Sandakan.

Kami sempat singgah di kawasan berbatu dan berharap dapat ikan kerapu untuk lauk makan malam.

Tidak mengambil masa lama, Papay menerima sentapan yang berat. Kerapu seberat 3 kg berjaya dinaikkan.

 ??  ?? Kerapu seberat 3kg tersangkut pada gewang Papay.
Kerapu seberat 3kg tersangkut pada gewang Papay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia