Berita Harian

Islam mesti sentiasa dipertahan­kan

-

satu-satunya agama yang diakui Allah SWT dan selama-lamanya agama yang benar. Firman Allah yang bermaksud: Islam tidak terpisah daripada pengaruh budaya kerana tradisi setempat berperanan besar dalam penyebaran Islam. Penyebaran melalui jalur kebudayaan membuat Islam mudah diterima oleh masyarakat.

Contohnya, Wali Songo mengembang­kan Islam melalui jalan kebudayaan dan tidak banyak menggunaka­n istilah keislaman ketika menyebarka­n Islam. Ritual ibadat saat itu tidak disebut dengan kata solat tapi disebut sembahyang daripada kata menyembah Hyang.

Istilah puasa juga berasal daripada kata agama Kapitayan, diungkap dengan ‘upawasa’ yang ertinya tidak makan dan tidak minum. Istilah itu sebati sehingga menjadi identiti yang memperkena­lkan Islam di Nusantara ini.

Masalah bidaah

Di Malaysia, adat sedia ada yang tidak bercanggah dengan Islam telah mendekatka­n masyarakat Melayu kepada Islam seperti pantun, sajak seloka, bersilat, syair serta adat bermasyara­kat lain seperti menghormat­i orang tua, bergotong royong.

Berkumpul beramairam­ai mengingati peristiwa besar seperti Maulidul Rasul, Israk Mikraj dan bersama membaca surah Yasin. Berjayanya pendakwah terdahulu mengadun antara ibadat dan adat yang mulia.

Semakin lama budaya itu terhakis. Majlis bacaan Yasin untuk menzahirka­n kesyukuran dan sambutan perayaan Islam tenggelam dalam perbincang­an ilmiah sama ada ia bidaah atau tidak. Walhal ia hanyalah adat baik dan disokong oleh dalil umum suruhan beribadat sahaja.

Langkah untuk menyegarka­n dan merapatkan semula adat budaya yang baik perlu dilakukan, disertai dengan panduan ilmu supaya generasi akan datang dapat terus kukuh memegang anutan Islam dengan budaya di samping tonggak utama sedia ada iaitu al-quran dan al-sunah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia