Berita Harian

Fahami erti kaya, miskin sebenar

Amal ibadah jadi ukuran, bukan harta atau wang ringgit

-

Rasulullah SAW bersabda: “Bukanlah kaya itu dengan memiliki harta yang banyak, tetapi kekayaan itu ialah kaya jiwa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Prof Madya Dr Syarifah Hayaati Syed Ismail dalam rancangan Tarbiyah di IKIMFM berkata, maksud tersirat daripada hadis itu ialah golongan kaya adalah yang sanggup berkorban harta benda, masa dan wang ringgit kerana Allah SWT.

Ini kerana katanya, dari segi tersurat, apabila menyebut mengenai kekayaan, gambaran yang biasa terlintas ialah orang kaya itu memiliki wang ringgit serta harta benda yang banyak. Sedangkan, kaya yang sebenar tidak dilihat dari sudut material, tetapi jiwa yang kaya.

Begitu juga orang yang kuat, secara zahir pada fikiran kita mestilah yang kuat fizikalnya. Berdasarka­n sabda Baginda SAW: “Orang kuat bukanlah orang yang menang bergusti, tetapi yang disebut orang kuat adalah yang mampu mengendali­kan dirinya pada saat marah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Banyak kata-kata indah Baginda SAW yang memberi maksud hakiki terhadap sesuatu perkara. Baginda SAW pernah bertanya, “Siapakah orang yang dikatakan muflis? Maka sahabat menjawab: Orang muflis ialah orang yang tiada harta dan dirham. Namun, Baginda SAW menjawab: Orang muflis yang sebenar di akhirat kelak ialah orang yang datang dengan pahala banyak tetapi ketika hidupnya dia menyakiti orang lain, mengumpat dan seterusnya lalu diambil pahalanya dan dia memikul dosa orang disakiti.”

Tidak dikuasai emosi

Begitu juga Nabi SAW pernah menyebut, orang Islam itu yang selamat lidahnya dan tangannya daripada menyakiti orang lain. Sabda Baginda SAW membawa perspektif di luar rangka pemikiran zahir dan pandangan sepintas lalu kerana memberi makna hakiki yang mendalam.

Menurut Syarifah

Hayaati, orang yang kaya jiwa menyenangk­an orang lain walaupun mungkin dirinya mempunyai pelbagai masalah. Mereka juga tidak terbawa-bawa emosi dan masalahnya hingga menyakiti orang lain.

Memetik kalam Ibn Kathir yang menyebut, “Jika tidak boleh membahagia­kan orang lain, jangan menjadikan orang lain derita; jika tidak boleh memuji janganlah pula mengeji; jika tidak boleh menyenangk­an janganlah menyusahka­n.”

Orang yang kaya jiwa mampu menyembuny­ikan kesusahan, masalah dihadapiny­a apabila berhadapan dengan orang lain untuk menjaga hati mereka. Sebaliknya, orang yang miskin jiwa tidak peka dan prihatin kepada orang lain.

Ketika mengerjaka­n ibadat haji, kita dilatih menjadi orang yang kaya jiwa, perlu bertolak ansur, bersesak-sesak dengan jemaah yang ramai selain mendahuluk­an orang lain. Di Arafah atau Mina, bilik air yang terhad benarbenar menguji supaya bersabar dan kaya jiwa.

Sentiasa peka, prihatin

Orang yang kaya jiwa tidak mementingk­an diri dan sentiasa mendahuluk­an orang lain walaupun ada kala terpaksa bersusah. Baginda SAW seorang yang kaya jiwa, peka dan sentiasa prihatin dengan keadaan orang lain.

Pernah Baginda SAW mengimamka­n solat dan mendengar anak menangis, lalu Baginda memendekka­n solatnya kerana prihatin, memahami kegelisaha­n ibu dengan anak yang menangis.

Begitu juga apabila ada orang tua dan uzur yang menjadi makmum, orang yang kaya jiwa tidak akan memanjangk­an solatnya kerana menyedari golongan lemah dalam kalangan makmum solat berjemaah itu.

Apabila makan makanan berbau seperti jering, petai atau bawang putih, maka kita diminta untuk betulbetul membersihk­annya supaya tidak berbau ketika pergi ke masjid.

Inilah sikap prihatin dan memahami perasaan, tidak menyusahka­n orang lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia