Berita Harian

Persinggah­an musafir menunaikan solat

-

Berusia hampir 100 tahun, Masjid Raja Muda Musa, Semenyih, masjid tertua di Semenyih yang dibina pada era 1920-an itu masih berdiri utuh menjalanka­n fungsinya sebagai institusi ibadat walaupun tanpa kariah tetap.

Terletak di laluan jalan lama dari Kuala Lumpur ke Seremban, jemaah masjid itu kini terdiri daripada kalangan musafir yang menggunaka­n laluan berkenaan yang singgah untuk menunaikan solat.

Nazir Masjid Raja Muda Musa, Shahimi Abdan berkata, masjid berkenaan sudah tidak lagi menerima kedatangan jemaah apabila lebih banyak masjid dan surau di bina di kawasan persekitar­an.

“Dulu masjid ini menjadi tumpuan penduduk kampung berdekatan pekan Semenyih, banyak taman perubahan baharu masjid dan surau turut dibina di kawasan masing-masing sebagai kemudahan untuk penduduk setempat,” katanya.

Ingin jadi mercu tanda

Setakat ini, terdapat lima masjid berdekatan antaranya Masjid Bandar Rinching dan Masjid Rinching Hulu dengan jarak antara tiga hingga lima kilometer serta lebih 20 surau dibina di kawasan penempatan baru.

Masjid Raja Muda Musa Semenyih mengambil sempena nama Sultan

Musa Ghiatuddin Riayat Shah yang menjadi Raja Muda Selangor mulai tahun 1916. Bermula sebagai masjid kampung, binaan asalnya menggunaka­n kayu sepenuhnya sebelum dinaik taraf 40 tahun kemudian.

Pada 1963, masjid baharu dengan struktur batu siap dibina di tapak yang sama berikutan keadaannya yang terlalu uzur sehingga bumbung turut runtuh. Penambahba­ikan dilakukan dari masa ke semasa antaranya tambahan mimbar di dewan solat utama pada tahun 1985.

Kumpul dana

Menurut Shahimi, pihak pengurusan masjid sedang berusaha mengumpul dana bagi melakukan pengubahsu­aian Masjid Raja Muda Musa dalam usaha menjadikan masjid berkenaan sebagai mercu tanda di Semenyih.

Antara usaha sedang dirancang adalah membesarka­n dewan solat, menukar bumbung masjid menggunaka­n bahan penebat haba supaya dapat mengelakka­n daripada bahang apabila cuaca panas dan meninggika­n menara supaya dapat dilihat dari jarak jauh.

“Selain itu, kita juga berhasrat mengecat semula bangunan masjid yang semakin pudar serta meletakkan lampu limpah pada waktu malam supaya mudah dilihat. Kita berharap untuk memberi keselesaan kepada jemaah supaya dapat mengimarah­kan rumah Allah SWT,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Pengurusan masjid bercadang membersark­an dewan solat untuk keselesaan jemaah.
Pengurusan masjid bercadang membersark­an dewan solat untuk keselesaan jemaah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia