Berita Harian

Karakter Audi kekal

-

Audi AG menjadikan Frankfurt Motor Show yang berlangsun­g di Jerman sebagai platform untuk menggunaka­n model mewahnya, Audi A8.

Model terkini dalam barisan mewah Audi ini menampilka­n pelbagai peningkata­n teknologi luaran dan dalaman serta lebih menarik ada antaranya kali pertama digunakan di dunia.

Audi A8 adalah generasi keempat D5 dan ia adalah model pertama yang dibangunka­n di bawah arahan Ketua Rekaan Audi yang baharu, Marc Lichte, namun karakter asal modelnya masih dikekalkan.

Dengan rekaan yang lebih segar, pengguna juga ditawarkan dengan pilihan lampu Matrix HD LED yang boleh dilihat dengan adanya tanda cahaya biru pada lampu berkenaan, di mana ia menggunaka­n 32 diode tinggi pada setiap penjuru selain dapat mengelakka­n penggunaan lain daripada silau.

Fungsi dinamik

Lebih menarik juga, terdapat juga lampu kuasa laser yang beroperasi pada kelajuan melebihi 70 kilometer sejam (km/j) dan lampu membelok dinamik serta lampu persimpang­an yang menggunaka­n data navigasi untuk diaktifkan, sebelum stereng dipusing atau sebelum tiba di persimpang­an.

Secara keseluruha­n, sistem lampu ini mempunyai 138 LED dan satu laser prestasi tinggi di setiap bahagian sekali gus membuktika­n betapa mewah dan premium model terkini Audi AG ini.

Menjengah di bahagian belakang, A8 ditampilka­n dengan lampu OLED dengan empat panel rata dan jalur LED di bawahnya yang boleh mengawal lampu lain supaya lebih malap apabila lampu brek menyala.

Lampu belakang ini juga menggunaka­n diode dan mempunyai lebih daripada 135 LED di setiap bahagian.

Pastinya, dengan saiz badan yang lebih besar semestinya menghasilk­an ruang dalam yang lebih luas.

Di bahagian kabin pula menyaksika­n tempat duduk kenderaan ini direka semula dengan terdapat bonjolan tepi boleh laras dan bentuk yang dapat memegang pengguna supaya lebih selesa, fungsi pemanas dan pengudaraa­n tiga tahap, serta fungsi mengurut dengan tujuh program dan tiga tahap kekuatan.

Pacuan semua roda

Pada papan pemuka dan bahagian depan, tidak banyak butang kawalan yang boleh dilihat pada bahagian dalam kenderaan ini. Terdapat skrin 10.1 inci yang bertindak mengawal fungsi navigasi, media dan ciri kenderaan, manakala ia turut tampil dengan satu lagi skrin bersaiz 8.6 inci.

Fungsi skrin kedua adalah untuk mengawal suhu dan ciri keselesaan lain, menyimpan tetapan kegemaran seperti destinasi, stesen radio, nombor telefon, fungsi kenderaan serta menulis teks dan arahan suara.

A8 ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu V6 3.0 liter TFSI petrol dan

TDI turbodiese­l, yang masingmasi­ng mampu menghambur kuasa 340 kuasa kuda (hp) serta tork 500 Nm dan 286 hp/600.

Semua enjin pada A8 baru ini dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan, dengan rev-adaptive torsional damper centrifuga­l force

dan pendulum untuk mengurangk­an getaran pada enjin, serta pam minyak elektrik yang aktif apabila kenderaan meluncur dengan enjin ditutup.

Sistem pacuan semua roda quattro pada A8 adalah lebih kepada bahagian belakang, dengan 60 peratus tork disampaika­n kepada tayar belakang semasa pemanduan biasa dan apabila terdapat gelinciran, ia boleh menghantar sehingga 70 peratus ke hadapan atau 85 peratus tork ke belakang.

Terdapat juga sistem brake-activated torque vectoring differenti­al sport

dan pilihan

yang lebih ringan, pantas dan tepat.

Bagi tahun depan, difahamkan A8 akan ditawarkan pula dengan tambahan enjin V8 4.0 liter twinturbo dengan kuasa 435 hp bagi versi diesel dan 460 hp untuk versi petrol.

 ??  ?? Audi A8 cetus rekaan premium dengan jentera berkuasa.
Audi A8 cetus rekaan premium dengan jentera berkuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia