Berita Harian

Tampil lebih elegan

-

Nasim Sdn Bhd melancarka­n model kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu, Peugeot 3008 dengan pilihan dua varian, Active THP dan Allure THP.

Kedua-dua varian ini dijanakan oleh enjin petrol 1.6L THP 165 S&S dan transmisi automatik enam kelajuan bersama Tiptronic dan mod Sport yang menghambur­kan kuasa 165 kuasa kuda

(hp) dan tork 240 Nm.

Dengan kuasa yang dimiliki jentera ini, ia mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 211 kilometer sejam (km/j), terbaik dalam kelasnya.

Lebih menarik, enjin ini juga dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api yang lebih cekap dengan catatan tujuh liter bagi setiap 100 kilometer.

SUV yang dibina dengan menggunaka­n platform Efficient Modular Platform (EMP2) ini menampilka­n banyak pembaharua­n dari segi dalaman atau luaran sekali gus tampil lebih elegan dan kontempora­ri.

Banyak elemen menarik

Bagi varian Active THP, ia menampilka­n lampu utama halogen dengan lampu nyalaan siang LED, lampu kabus halogen dan lampu belakang LED halogen dan roda aloi 18 inci yang dibaluti tayar Continenta­l Conticross­contact LX2 tyres (225/55).

Bagi Allure THP iaitu varian dengan spesifikas­i tertinggi pula, ia menerima lebih banyak elemen menarik termasuk lampu utama LED penuh dengan lampu nyalaan siang LED, dan lampu membelok jujukan serta pakej luaran GT Line.

Selain itu, ia turut menampilka­n gril yang berlainan bersama pelindung bampar hadapan warna perak dan kemasan krom pula menghiasi seksyen bawah pada bahagian sisi varian ini.

Bahagian kabinnya, kedua-dua varian dilengkapi dengan Peugeot i-cockpit berserta rekaan yang lebih bergaya terutama suis, roda stereng berbentuk segi empat tepat dan tuil gear yang direka menarik.

Ia juga menampilka­n butang dial rotary Advanced Grip Control yang membolehka­n pemandu memilih lima mod pemanduan.

Harga menarik

Dari segi infotainme­n, Peugeot 3008 tampil dengan kluster instrumen digital 12.3 inci, dengan paparan definisi tinggi yang memaparkan maklumat pemanduan.

Selain itu, ia turut mengetenga­hkan skrin sesentuh lapan inci pada papan pemuka yang bertindak sebagai ‘pemain utama’ untuk hiburan serta kawalan suhu dwi zon.

Peugeot 3008 turut menawarkan elemen termasuk sambungan Android Auto, Apple

Carplay dan Mirrorlink.

Lain-lain elemen yang ditampilka­n termasuk sambungan Bluetooth dan USB, brek parkir elektronik serta sistem bunyi 3D Arkamys bersama enam pembesar suara.

Dari segi harga, varian Active THP ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insuran RM142,888, manakala Allure THP (RM155,888).

Ia termasuk jaminan lima tahun atau 120,000 km serta servis 24 jam Peugeot Assistance.

Peugeot 3008 ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu

dan

 ??  ?? Pengurus Besar Kanan Nasim Sdn Bhd, Yasser Awan (kiri) dan Pengarah Besar Operasi ASEAN, PSA Group, Lionel Faugeres, ketika melancarka­n Peugeot 3008 SUV di Shah Alam, baru-baru ini.
Pengurus Besar Kanan Nasim Sdn Bhd, Yasser Awan (kiri) dan Pengarah Besar Operasi ASEAN, PSA Group, Lionel Faugeres, ketika melancarka­n Peugeot 3008 SUV di Shah Alam, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia