Berita Harian

Haval tampil kelainan

Rekaan rim baharu, tambahan warna

-

Go Auto, pengedar rasmi jenama Havaldimal­aysia melancarka­n model Haval H2 pemasangan tempatan (CKD) dengan memperkena­lkan beberapa pembaharua­n dari segi penampilan.

Haval H2 baharu ditawarkan pada harga atas jalan termasuk insurans dan cukai jalan bermula RM98,950 untuk varian Comfort

Auto dan RM101,950

(varian Premium Auto).

Haval H2 CKD menampilka­n rekaan rim dan tambahan warna baharu, iaitu Haval Blue bersama pilihan warna sedia ada, Haval Red.

Pengarah Eksekutif Go Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin berkata, pihaknya menyasarka­n penjualan sebanyak 2,100 unit Haval H2 CKD sehingga 2018.

“Haval H2 CKD sudah sedia ada di 14 bilik pameran pengedar Haval seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Haval H2 juga berada dalam senarai model

Haval yang akan dieksport ke Batam, Indonesia; dan Cambodia.

Kekal spesifikas­i

Mengenai Haval H2 CKD, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu masih mengekalka­n spesifikas­i sama iaitu enjin petrol 1.5L VVT pengecas turbo yang digabungka­n dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

Dengan jentera yang dimiliki, ia mampu menghambur kuasa sebanyak 147 kuasa kuda (hp) pada 5,600rpm dan tork 210Nm pada 2,200rpm hingga 4,500rpm.

Rim dan warna baharu

Dari aspek rekaan luaran, Haval H2 CKD dipadankan dengan lampu halogen bersama lampu LED nyalaan siang.

Gril dengan kemasan krom ternganga luas membuatkan ia tampak lebih garang dan menarik.

Selain rim dan warna baharu, semua ciri lain Haval H2 CKD adalah sama dengan versi import sepenuhnya (CBU) seperti butang tekanmula, masukan tanpa kunci, panel meter multi fungsi dan punat kawal roda stereng.

Ini termasuk ciri penyaman udara dual zon automatik, sistem hiburan audio dan video, kerusi pemandu elektrik 5tetapan dan bumbung suria boleh laras.

Ciri keselamata­n pula mengetenga­hkan enam beg udara iaitu dua di depan, dua sisi dan dua tirai yang disepaduka­n bersama sensor dan kamera undur, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), Program Stabiliti Elektronik (ESP) dan penyandar kepala aktif untuk meminimumk­an kecederaan spinal.

Haval H2 CKD turut mendapat penarafan lima bintang dalam ujian perlanggar­an dilakukan badan keselamata­n China, CNCAP.

Selain itu, Go Auto turut memperkena­lkan pakej Jaminan Beli

Balik dengan memberi jaminan 50 peratus nilai kenderaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ini bermakna, Haval akan membeli semula pada harga 50 peratus daripada harga jualan jika pemilik menjual kenderaan dalam tempoh lima tahun.

 ??  ?? Haval H2 CKD mendapat beberapa
Haval H2 CKD mendapat beberapa
 ??  ?? sentuhan kelainan berbanding model CBU
sentuhan kelainan berbanding model CBU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia