Berita Harian

Tempahan Camry, Corolla Altis dibuka

-

UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumka­n bahawa tempahan bagi model baharu, Toyota Camry dan Corolla

Altis sudah dibuka.

Lebih menarik keduadua model itu kini boleh didapati dengan rangkaian aksesori meluas yang boleh diperjelas­kan ketika pelanggan membuat tempahan.

Bagi Camry baharu, pelbagai pembaharua­n ditampilka­n dengan emua model Camry kini mendapat kemasan kayu karbon, dengan model paling tinggi iaitu Hybrid Luxury diberikan tambahan balutan kulit Kogane.

Sebagai model utama Toyota di Malaysia, Camry menawarkan status mewah, selesa, kuasa dan teknologi, dengan varian tertinggi iaitu Hybrid yang dipadukan dengan enjin 2.5 liter Hybrid Synergy Drive bagi menawarkan prestasi tertinggi tanpa berkomprom­i dengan kecekapan bahan api.

Harga kekal

Bagi Corolla Altis baharu, ia boleh ditempah dengan aksesori tambahan bagi meningkatk­an keselesaan termasuk dua port USB dan cermin sisi boleh lipat automatik.

Perakam Video Digital (DVR) juga menjadi aksesori pilihan yang dihasilkan oleh Toyota dengan standard yang tinggi di mana ia dapat meningkatk­an kualiti.

Panoramic View

Monitor (PVM) 360 darjah juga menjadi aksesori tambahan yang boleh dipilih oleh bakal pembeli.

Lebih menarik, tiada perubahan harga atas jalan tanpa insurans untuk Camry iaitu bermula RM148,600 sementara Corolla Altis pula bermula RM117,400.

 ??  ??
 ??  ?? Model dipertingk­atkan beri pilihan kepada pelanggan.
Model dipertingk­atkan beri pilihan kepada pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia