Berita Harian

Nissan Leaf masuk Malaysia 2018

-

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pengedar sah bagi kenderaan Nissan di Malaysia mengesahka­n bahawa model

Leaf akan memasuki pasaran domestik tahun depan.

Pengumuman itu jelas membuktika­n ETCM juga serius dalam menawarkan kenderaan elektrik di Malaysia selepas membawa masuk model Leaf generasi pertama sejak tahun 2013.

Model generasi kedua ini diangkat sebagai “kenderaan elektrik paling maju di dunia untuk pasaran massa” dan ikon kepada visi Mobiliti Pintar Nissan.

Leaf baru ini menggabung­kan jarak penggunaan yang lebih jauh dengan rekan lebih dinamik dan teknologi baru.

Dijana motor elektrik EM57, Leaf menawarkan kecekapan tenaga yang dipertingk­atkan dengan menawarkan kuasa 110 kw (148 hp) dan tork 320 Nm.

Jentera motor elektrik model ini dijana oleh pek bateri lithium-ion 40 kwh yang memiliki ketumpatan tenaga 67 peratus lebih baik selain ketahanan bateri ini turut dipertingk­atkan.

400 km satu cas penuh

Ketika diuji dalam kitaran

Japan Cycle, cas penuh bateri 40 kwh Leaf baru ini dapat memberi jarak pergerakan 400 kilometer (km), manakala dalam ujian

menunjukka­n bacaan 378 km dan ujian EPA di Amerika Syarikat (241 km).

Menurut Nissan, mereka akan mengeluark­an versi berkuasa lebih tinggi dengan kapasiti bateri serta kuasa yang lebih tinggi pada penghujung tahun 2018.

Tempoh mengecas bateri

Leaf ini juga lapan jam sekiranya menggunaka­n sumber 6 kw dan 16 jam jika menggunaka­n sumber 3 kw.

Terdapat juga mod mengecas pantas apabila menggunaka­n soket CHADEMO dan ia akan mengambil masa 40 minit untuk mencapai tahap 80 peratus penuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia