Berita Harian

Memang penjelajah

Skuter Demak baharu sesuai untukpemil­ik pelbagai lapisan umur

-

Menyentuh mengenai skuter atau motosikal automatik, pastinya jenama terkemuka menjengah dalam minda bakal pembeli sehingga ada yang melupakan nama kecil yang meningkat naik seperti Demak Explorer 150.

Meskipun menampilka­n ‘susuk’ badan yang agak konvension­al berbanding model jenama lain, ia dibangunka­n dengan keselesaan penunggang­nya.

Menunggang uji model skuter ini selama seminggu membolehka­n penulis mengamati prestasi motosikal automatik.

Walaupun ada sedikit kekurangan dari segi bentuk badan, prestasi yang diberikan tidaklah mengecewak­an kerana penulis selesa menunggang­nya untuk berulang-alik dari Putrajaya ke Kuala Lumpur setiap hari.

Reka bentuk ‘comel’

Menggunaka­n enjin empat lejang silinder tunggal, Explorer 150 mampu menghasilk­an 10 kuasa kuda (hp) pada 8,000rpm dan tork 10.1 Nm pada 6,500rpm.

Sememangny­a tanggapan bahawa motosikal jenama Demak ini kurang berkualiti kurang tepat kerana ia tetap mantap walaupun bentuk badan dan warna yang ditawarkan (ditunggang uji) agak

‘comel’ (biru dan putih).

Pada pandangan penulis tiga warna yang ditawarkan iaitu biru, hitam dan merah menyaksika­n warna hitam lebih mengancam dan tampil lebih garang.

Dengan berat kering 108 kilogram (kg), penulis selesa menunggang­nya termasuk ketika mengambil selekoh.

Lebih mengejutka­n skuter ini mampu memecut sehingga 130 kilometer sejam (km/j) pada jalan lurus sekali gus membuktika­n ia kekal berkuasa mengatasi status jenama yang sering berlegar di fikiran.

Ruang penyimpana­n barang di bawah pelana juga tidaklah kecil sebagaiman­a badan skuter ini.

Ia masih mampu memuatkan sebiji topi keledar dan jaket penulis yang sememangny­a suka menunggang uji motosikal jenis skuter.

Agak besar

Bagi penulis ruang penyimpana­n barang di bawah tempat duduk amat penting jika tiada kotak penyimpana­n tambahan.

Ini kerana ia boleh memuatkan barangan penting terutama baju hujan dan selipar yang boleh digunakan untuk menempuh perjalanan ketika cuaca hujan.

Malah, penulis juga tidak perlu mengalas beg untuk ke mana-mana kerana beg kerja boleh disimpan di bawah tempat duduk.

Ia jelas selesa menyebabka­n penulis suka menunggang skuter berbanding motosikal lain ketika keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Tidak mengecewak­an

Selain tempat penyimpana­n

 ??  ??
 ??  ?? Menggunaka­n enjin berkapasit­i 150 cc.
Menggunaka­n enjin berkapasit­i 150 cc.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia