Trinity Lemanja tawar 583 unit kondominium
teras syarikat adalah memastikan bahawa projek pembangunannya memenuhi permintaan dan keperluan semasa pelanggan sasar, dengan penekanan terhadap pewujudan nilai.
“Kami percaya setiap pemilik rumah berhak untuk menjalani gaya hidup impian masing-masing dan Trinity Lemanja akan memenuhi aspirasi berkenaan,” katanya.
Tawar rumah kelab eksklusif
Unit Trinity Lemanja bermula daripada minimum tiga bilik tidur dan dua bilik air. Pembangunannya sesuai kepada pembeli rumah kali pertama yang membuat kemunculan sulung dalam pasaran hartanah.
Trinity Lemanja menyediakan rumah kelab eksklusif seluas 3,700 kaki persegi dengan kemudahan penuh bagi acara persendirian dan pertemuan keluarga.
Residen juga akan dapat mengekalkan gaya hidup sihat dengan keselesaan Sky Gym yang terletak di tingkat atas dengan pemandangan bandar raya Kuala Lumpur.
Kemudahan Serenitea
Garden dan Oxygen Grove menyediakan ruang yang menyasarkan kesegaran minda dan jiwa, selain kemudahan rumah kelab lain yang membolehkan keluarga dan rakan menghabiskan masa bersama.
Pembangunan ini menekankan keselamatan dengan sistem sekuriti empat peringkat, termasuk ruang masuk utama berpengawal.
Tumpu isu keselamatan
Residen akan diberikan kad akses ke ruang letak kereta dan lobi lif. Kawasan persekitaran projek akan dilengkapi pagar dengan tembok batu 1,800 milimeter, tempoh anti panjat dan pemantauan CCTV.
Trinity Lemanja boleh diakses melalui enam lebuh raya utama seperti Lebuhraya Damansarapuchong (LDP), Lebuhraya
Baharu Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Sprint, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Lebuhraya Duke dan Lebuhraya Duke 2 yang akan dibina.
Ia juga terletak berhampiran tujuh sekolah, termasuk SJK(C) Kepong dan International School@parkcity, enam pusat beli-belah seperti AEON Metro Prima dan AEON Big, selain tiga kemudahan perubatan.
Ia juga dikelilingi oleh lima kejiranan berhampiran.