Berita Harian

5 tahun sia-sia: Mat Taib

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang selama lima tahun bersama pembangkan­g kembali menyertai UMNO semalam, selepas menyedari mereka tidak memperjuan­gkan agenda Melayu

- Oleh Nazura Ngah, Rohaniza Idris, Hazwan Faisal Mohamad, Mohd Nasaruddin Parzi dan Luqman Arif Abd Karim bhnews@bh.com.my

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib kembali menyertai UMNO, semalam, selepas empat tahun keluar parti itu.

Kemasukan semula bekas Naib Presiden UMNO itu diumumkan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khas di ibu pejabat UMNO di sini, semalam.

Najib menjelaska­n, keputusan Muhammad, yang juga bekas menteri kabinet UMNO itu dibuat selepas beliau hilang kepercayaa­n pada pakatan pembangkan­g, terutama PKR.

Ikhlas, tanpa tuntutan

“Beliau masuk kembali UMNO kerana keikhlasan­nya, tanpa ada sebarang tuntutan dan ia dibuat atas kesedaran perjuangan saja tanpa ada niat apa-apa,” kata Najib sambil menjelaska­n Muhammad turut berikrar untuk bersama-sama menjamin kejayaan UMNO.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat khas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Yang turut hadir, Naib Presiden UMNO yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Tan Sri Annuar Musa dan Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Hadir sama, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Puteri, Datuk Mas Ermiyati Samsuddin.

Ikrar berjuang bersama UMNO

Najib berkata, Muhammad telah berikrar untuk berjuang bersamasam­a parti bagi menjamin kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya sama ada Muhammad akan diberikan sebarang jawatan parti khususnya di Selangor, beliau berkata, ia akan dibincangk­an kemudian.

Muhammad keluar UMNO dan menyertai PAS pada April 2013 sebelum menyertai PKR pada September 2015.

Ditanya sama ada lebih ramai pemimpin pembangkan­g akan menyertai UMNO selepas ini, Najib berkata: “Kita tunggulah dulu. Sekarang (Parti Pribumi) Bersatu (Malaysia) pun tengah ribut.”

Kelmarin, Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman dan Anina Saadudin yang juga antara pengasas PPBM, mengumumka­n keluar parti itu.

Najib berharap kemasukan semula Muhammad itu akan membantu memperkuku­hkan UMNO Selangor dalam mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

 ??  ?? Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Muhammad (tiga dari kanan) selepas sidang media khas di Menara Dato Onn, PWTC, semalam. Turut hadir, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Pengerusi UMNO...
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Muhammad (tiga dari kanan) selepas sidang media khas di Menara Dato Onn, PWTC, semalam. Turut hadir, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Pengerusi UMNO...
 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Najib bersama Ahmad Zahid dan Muhammad (dua dari kanan) pada sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Najib bersama Ahmad Zahid dan Muhammad (dua dari kanan) pada sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia