Berita Harian

Kemasukan Mat Taib jana kekuatan baharu parti

Pengalaman pemimpin veteran dilihat mampu tawan semula Selangor

-

Kemasukan semula bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, ke pangkuan UMNO mampu menjana kekuatan baharu kepada parti itu dan Barisan Nasional (BN) dalam usaha menawan semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata pihaknya mengalu-alukan kehadiran pemimpin veteran yang berpengala­man luas itu.

Beliau mengakui, walaupun Muhammad sebelum ini berada dalam kepemimpin­an PAS serta PKR, namun hubungan di antara me- reka masih kekal akrab.

“Walaupun dia dahulu sebelah sana (pembangkan­g), saya sebelah sini, tetapi dialah mentor saya. Dialah yang memilih saya untuk naik (dipilih) sebagai Ketua Pemuda Bahagian Tanjung Karang pada suatu ketika dulu.

“Walaupun kami berbeza (parti), tapi hubungan sebagai pemimpin tetap akrab. Saya sering datang ke rumah beliau tanpa pengetahua­n orang lain dan hubungan kami sangat akrab,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn, semalam.

Noh berkata, sebagai pemimpin yang berpengala­man dan pernah menjadi Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Taib mampu menaikkan kembali UMNO Selangor.

“Kita berasa seperti ada kekuatan baru kepada UMNO bagi menawan semula Selangor daripada pakatan carca marba sekarang ini,” katanya.

Parti kekal relevan

Ditanya sama ada jawatan khas dalam parti bakal diberi kepada Muhammad, bagi membolehka­n beliau terus berkhidmat kepada UMNO, Noh berkata, perkara itu akan dinilainya selepas ini.

“Tunggulah..nanti saya bincang dengan dia,” katanya turut hadir pada sidang media itu, barisan Ketua UMNO Bahagian Selangor.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, menyifatka­n keputusan menyertai semula UMNO menunjukka­n perjuangan parti itu terhadap agama, bangsa dan negara masih relevan.

“Muhammad sudah pasti dapat membanding­kan perjuangan pembangkan­g (PAS dan PKR) dengan UMNO. Kini, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Selangor akan bekerja rapat dengan beliau bagi menggemble­ng usaha mendapatka­n kembali kepercayaa­n rakyat Selangor.

“UMNO dan BN Selangor turut berharap pengalaman­nya ketika berada di luar UMNO dapat dikongsi bagi memperkasa­kan gerak kerja parti,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berbisik sesuatu kepada Muhammad pada sidang media khas di Menara Dato’ Onn, semalam. Yang turut hadir, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berbisik sesuatu kepada Muhammad pada sidang media khas di Menara Dato’ Onn, semalam. Yang turut hadir, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia