Berita Harian

‘Perbuatan tak boleh diterima’

Pejabat Peguam Negara teliti bentuk tindakan perundanga­n sesuai

- Oleh Adha Ghazali adha@bh.com.my

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbuatan membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h hanya kerana dendam akibat diejek dalam kejadian di Kampung Dato Keramat Khamis lalu, tidak boleh diterima dari segi perundanga­n atau kemanusiaa­n, apatah lagi hingga mengorbank­an 23 nyawa.

Timbalan Perdana Menteri yakin, pejabat Peguam Negara akan meneliti sebaik mungkin bentuk tindakan perundanga­n yang bersesuaia­n bagi tujuan pertuduhan terhadap tujuh remaja yang ditahan mendalangi perbuatan terbabit.

“Saya fikir Peguam Negara akan menggunaka­n akta membabitka­n soal perlakuan jenayah, biarpun dilakukan juvana, jadi bukan sahaja (pertuduhan mengikut) Kanun Keseksaan, tetapi beberapa perundanga­n lain harus digunakan supaya ada pengajaran.

Sedia kertas siasatan lengkap

“Kita (Polis Diraja Malaysia) sedang sediakan kertas siasatan lengkap sebelum dikemukaka­n kepada Pejabat Peguam Negara yang akan melihat aspek perundanga­n, pendakwaan dan undang-undang atau akta bersesuaia­n bagi tujuan pertuduhan di mahkamah,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Arau, di sini, semalam.

Beliau mengulas penahanan tujuh remaja lelaki berusia antara 11 hingga 18 termasuk enam daripadany­a positif dadah, yang dikesan polis membakar pusat tahfiz terbabit hanya kerana perselisih­an faham dengan pelajarnya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, mengakui pengaruh dadah cukup berbahaya kerana statistik mengesahka­n 52 peratus daripada banduan dalam penjara negara ini, terbabit jenayah berkaitan dadah.

“Mereka (tujuh remaja ditahan) adalah anak muda dan dipengaruh­i najis dadah, mereka membalas dendam kerana hanya faktor ejekan, tetapi mungkin tak tahu pada peringkat awal perbuatan itu mengundang malapetaka sehingga kehilangan nyawa 21 pelajar dan dua warden,” katanya.

Kebocoran maklumat

Mengenai kebocoran maklumat siasatan, beliau berkata, maklumat PDRM mengesahka­n ia bukan daripada sumber polis, sebaliknya agensi lain yang menularkan­nya, selain ada juga kenyataan akhbar dibuat seorang ketua jabatan peringkat negeri mengenainy­a.

“Ia bukan berniat menyembuny­ikan (maklumat siasatan) sebaliknya penyebaran maklumat awal yang keluar sebelum siasatan dibuat secara konklusif, berisiko mengganggu proses siasatan dan pendakwaan. Saya hormati kewibawaan agensi penguatkua­saan yang ada, namun proses siasatan juga harus dihormati,” katanya.

Ahmad Zahid mengakui, satu jawatankua­sa khusus harus dibentuk untuk menyelaras pemantauan terhadap semua sekolah tahfiz, pondok dan sekolah agama rakyat (SAR), kerana ia kini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing.

“Selama ini, kita ada dua tahap dalam pembuatan keputusan (Persekutua­n dan negeri). Esok saya akan mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa yang antara lain untuk melihat apa yang disyorkan RCI (Suruhanjay­a Siasatan Diraja) kes kebakaran Pondok Pak Ya pada 1989, terutama dalam soal piawaian keselamata­n yang harus ada,” katanya.

 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Ahmad Zahid diiringi Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim beramah mesra dengan perwakilan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Arau di Kangar, semalam.
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Ahmad Zahid diiringi Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim beramah mesra dengan perwakilan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Arau di Kangar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia