Berita Harian

4 mangsa ada peluang baik untuk sembuh: PM

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak yakin keempat-empat mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, mempunyai peluang yang baik untuk pulih.

Perdana Menteri berkata, semua mangsa berada penjagaan dan kawalan yang baik.

Mereka ialah rawatan ialah Indrakurni­awan Mohd Amirul, 11; Muhd Shahir Sharifuddi­n, 11; Zunnun Misri Nasrun, 15; Adib Bakri Bakhir, 15.

Dalam keadaan baik

“Mereka (mangsa) berada dalam keadaan yang baik, doktor dan pakar HKL sudah melakukan yang terbaik.

“Mengikut andaian doktor, mereka ada peluang yang baik untuk pulih. Bagaimanap­un, ia proses yang agak perlahan namun kita doakan mudah-mudahan mereka dapat pulih.

“Dua orang boleh bercakap, seorang masih tidak sedarkan diri manakala seorang lagi menggunaka­n alat bantuan pernafasan kerana banyak asap dalam paru-paru,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa kira-kira 45 minit melawat mangsa bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kebakaran dan ICU Pediatrik HKL di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha; Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dan Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain.

Tiga mangsa dibenarkan pulang semalam.

 ?? [FOTO IHSAN FB NAJIB RAZAK] ?? Najib bersama Rosmah melawat mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Hospital Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO IHSAN FB NAJIB RAZAK] Najib bersama Rosmah melawat mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Hospital Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia