Berita Harian

‘Lebih rela tragedi kerana litar pintas’

-

Kota Bharu: Balu guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang terkorban dalam tragedi kebakaran di pusat tahfiz itu sukar untuk mempercaya­i kejadian itu dilakukan sekumpulan remaja.

Nor Fatihah Othman, 23, yang kehilangan suami, Mohd Amrul Nizam Sukarno, 25, dalam tragedi pada Khamis lalu, mengakui terkejut mendengar pengumuman polis malam kelmarin.

“Terlalu sukar untuk saya percaya kejadian itu dipercayai didalangi sekumpulan remaja sehingga 23 terkorban. Namun sekurang-kurangnya kebenaran terbongkar,” katanya.

Sukar terima perbuatan

Beliau mengakui lebih rela mendengar tragedi itu disebabkan litar pintas berbanding perbuatan khianat.

“Sehingga kini, saya masih tidak percaya dengan kejadian yang didalangi tujuh remaja berusia 11 hingga 18 tahun kerana mereka terlalu muda, tetapi sanggup berbuat sedemikian.

“Namun, berkat doa semua pihak akhirnya kebenaran terbongkar dan saya reda dengan kejadian itu walaupun terlalu sedih berpisah dengan suami yang baru dikahwini setahun lalu,” katanya.

 ??  ?? Noor Fatihah Othman
Noor Fatihah Othman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia