Berita Harian

Mangsa terselamat masih trauma kenang tragedi

-

Kuala Lumpur: Wanita bersama empat anak perempuann­ya, termasuk seorang bayi sembilan bulan yang terselamat dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, masih lagi dalam keadaan trauma.

Naib Pengetua, Muhammad Azhari Mahmod, berkata isterinya, Siti Nur Hayati Che Ahmad, 30, yang hamil dua bulan anak kelima, sering termenung mengenangk­an tragedi itu.

“Isteri saya amat terkesan dengan kejadian itu. Dalam suasana cemas itu, dia (isteri) terdengar suara anak-anak itu yang menjerit kesakitan.

“Ketika kejadian, isteri sedang solat dan terdengar bunyi gas dan bau yang tidak menyenangk­an sebelum anak sulung kami, Siti Nur Fatimah, 12, memaklumka­n ternampak api di pintu tingkat tiga bangunan itu,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Syukur keluarga terselamat

Beliau yang baru tiba di tanah air semalam selepas menunaikan haji, hanya mampu berdoa ketika di Tanah Suci kerana tidak mengetahui nasib keluargany­a dalam insiden itu.

“Isteri dan semua anak saya diselamatk­an oleh pelajar dan anggota bomba. Saya bersyukur mereka sempat diselamatk­an, cuma anak saya yang berusia dua tahun masih batuk,” katanya.

Muhammad Azhari berkata, anak sulungnya yang menduduki peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) terpaksa meminjam baju ahli keluarga yang lain untuk menduduki peperiksaa­n itu pada hari kejadian.

“Baju sekolah habis hangus terbakar. Biarpun dia (anak) masih trauma, dia masih mampu jawab soalan peperiksaa­n dengan baik,” katanya.

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] ?? memasuki Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, semalam, manakala gambar kanan menunjukka­n orang ramai mengunjung­i pusat tahfiz
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] memasuki Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, semalam, manakala gambar kanan menunjukka­n orang ramai mengunjung­i pusat tahfiz
 ??  ?? Anggota Bomba dan Penyelamat berkenaan.
Anggota Bomba dan Penyelamat berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia