Berita Harian

‘Tindakan manusia tak waras’

Pengetua terkejut remaja tergamak bakar angkara diejek anak tahfiz

- Oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

“Tindakan luar daripada kewarasan manusia,” kata Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Mohd Zahid Mahmood yang terkejut perbuatan tujuh remaja membakar pusat tahfiz itu sehingga mengorbank­an 23 pelajar dan kakitangan­nya.

Beliau sebak sebaik mengetahui siasatan polis yang kejadian itu bermotif dendam akibat diejek.

“Kami amat terkejut. Mereka tergamak membakar tempat ini hanya kerana diejek anak tahfiz.

“Kenapa perlu bertindak demikian. Satu tindakan di luar kewarasan manusia dan amat mendukacit­akan,” katanya, semalam.

Kelmarin, polis mengesahka­n menahan tujuh remaja berusia antara 11 tahun hingga 18 tahun berhubung kebakaran pusat tahfiz itu. Siasatan mendapati balas dendam menjadi motif utama suspek bertindak demikian.

Semua suspek yang tinggal di kawasan Keramat, ditahan antara jam 6 petang Jumaat hingga jam 2.30 pagi kelmarin hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersebelah­an pusat tahfiz itu.

Polis melakukan tangkapan pertama dua suspek di sekitar Keramat sebelum menahan lima lagi suspek di sebuah rumah di situ.

Tiada aduan selisih faham

Mohd Zahid berkata, pihaknya tidak menerima aduan pelajar berhubung berlaku perselisih­an faham, ugutan atau pergaduhan dengan pihak luar.

Katanya, setiap Isnin dan Rabu, pelajar tahfiz itu dibenar beriadah di luar sambil dipantau warden untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Memang kami benarkan pelajar keluar beriadah di tasik berhampira­n pusat tahfiz ini, namun tiada sebarang kekecohan dilaporkan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia