Berita Harian

SPRM sedia siasat pusat tahfiz

Agensi bertindak jika ada laporan seleweng dana, salah guna kuasa

- Oleh Siti Azila Alias

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menyiasat jika wujud unsur rasuah dalam pengurusan mana-mana pusat tahfiz di negara ini.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan salah laku membabitka­n penyelewen­gan dana atau salah guna kuasa dalam kalangan individu yang menguruska­n pusat tahfiz.

“SPRM akan bertindak jika ada pihak yang tampil melapor dan menyalurka­n maklumat. Tetapi, kalau isu ini membabitka­n rakyat keseluruha­nnya dan jika ada asas, saya alu-alukan sesiapa sahaja untuk lapor dan kita akan bantu lihat (siasat) sama ada benar atau tidak dakwaan yang dinyatakan seterusnya ambil tindakan.

“Jika tiada laporan, ia hanya akan tinggal tohmahan saja,” katanya pada sidang media selepas hadir pada majlis perasmian Karnival Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) SPRM-DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pelepasan Kembara Jelajah Anti Rasuah (KEJAR) 2017 di Dataran DBKL, di sini, semalam.

Majlis dirasmikan Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Salur maklumat

Beliau diminta mengulas Ketua Pegawai Eksekutif/ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pembanguna­n Pondok Malaysia, Junaidi Yean Abdullah mendedahka­n ada segelintir pihak mengambil kesempatan terhadap ibu bapa yang sanggup membayar yuran mahal untuk memasukkan anak mereka ke institusi agama, tetap, mengambil sikap sambil lewa dari segi pengurusan sehingga boleh menjejaska­n keselamata­n pelajar.

Begitu juga dengan derma yang disumbangk­an kepada sebuah sekolah pondok di Pantai Timur yang terbakar tidak lama dulu, apabila hasil sumbangan daripada pelbagai pihak, termasuk Istana, Menteri Besar dan orang persendiri­an dikatakan hilang serta ‘tidak diketahui’ lesap dalam poket siapa.

Dzulkifli berkata, bukan pusat tahfiz saja yang boleh terbabit dengan rasuah tetapi boleh berlaku di mana-mana.

Katanya, penyaluran maklumat tidak terhad kepada laporan semata-mata, sebaliknya boleh dilakukan dengan pelbagai cara.

“Ada individu tak berani nak tampil buat laporan. Mereka boleh hubungi pejabat SPRM, kita akan ambil maklumat itu, buat semakan kalau ada asas akan siasat,” katanya.

 ?? [FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH] ?? Tengku Adnan menyaksika­n Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz menyerahka­n replika borang sahabat GERAH SPRM - DBKL kepada Dzulkifli (dua dari kiri) pada Karnival GERAH SPRM-DBKL di Dataran DBKL, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH] Tengku Adnan menyaksika­n Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz menyerahka­n replika borang sahabat GERAH SPRM - DBKL kepada Dzulkifli (dua dari kiri) pada Karnival GERAH SPRM-DBKL di Dataran DBKL, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia